23 February 2020

PULANG DARI MESIR, DISYAKI INFLUENZA MERS COV - SHARUL MOHON DOA


"Salam semua... pada sesiapa yang tanya apa jadi pada saya, saya disyaki dapat influenza MERS CoV tapi baru disyaki sahaja. Sekarang kena pindah ke hospital kerajaan untuk periksa sama ada betul atau tak tapi saya harap ia demam biasa sahaja. Saya perlukan doa daripada anda. Minta doa cepat sembuh ya. Terima kasih semua," demikian kata penyanyi Sharul Kamal menerusi Instastory miliknya.





Setelah pulang daripada menjalani penggambaran sebuah program televisyen di Mesir dan Arab Saudi, Sharul dikejarkan ke hospital kerana mengalami demam berpanjangan. Menurut Sharul, pemeriksaan awal mendapati dia mengalami simptom influenza MERS CoV (sindrom virus pernafasan timur tengah) dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sebelum itu, Sharul berkongsi foto dia sedang terbaring di katil hospital mendapatkan rawatan. Dalam masa yang sama, dia turut memuat naik rakaman video berada dalam ambulans: "Aku steady, korang jangan risau teruskan doa untuk aku ya. Dalam ambulans nak ke Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan," tulisnya.

Pada 13 Februari lalu, rakaman video Sharul melaungkan azan di sebuah masjid di Mesir menjadi viral di media sosial. Video tersebut dirakam ketika dia menjalani penggambaran program Travelogue Backpacker (musim kedua) yang diadakan di sekitar negara timur tengah.

Klik untuk gambar besar



















www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sharul Kamal


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: