23 February 2020
ISU LAGU 'SUMPAH' NAIM DANIEL: "KAMI TIDAK MASUK CAMPUR..." - PENERBIT
Mengenai isu berbangkit hak penciptaan lagu 'Sumpah' nyanyian Naim Daniel yang dinobatkan sebagai pemenang utama di Anugerah Juara Lagu yang ke-34 (AJL34) yang berlangsung 9 Februari lalu, pihak penerbitan AJL tidak mencampuri hal tersebut. Penerbit Eksekutif, Nurhul Huda Khalid berkata, perkara yang timbul membabitkan Naim dan Dayana adalah masalah peribadi mereka.
"Mengikut pendirian pihak produksi, kami tidak masuk campur sebab itu masalah dalaman. AJL ini berdasarkan pencalonan lagu yang dihantar pihak syarikat rakaman atau label. Dalam kes Naim, sebagai Juara Lagu bayaran kita tetap bayar pada dua nama iaitu dia dan Omar K," ujarnya.
Bagaimanapun, Nurhul Huda menasihati kepada komposer yang mahu mencalonkan lagu mereka pada Muzik Muzik akan datang agar bersikap telus dan jujur dalam penciptaan: "Cuma, pada masa akan datang komposer kena berhati-hati, jujur dan telus dalam penciptaan. Kalau ada 10 orang buat, letaklah 10 nama pun tak kisah," katanya.
Terdahulu, Dayana, 21, atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah menggesa Naim supaya bersikap jujur kepada peminatnya untuk memaklumkan perkara sebenar berkaitan hak penciptaan lagu Sumpah. Malah, Dayana turut meminta Naim mendaftarkan lagu Sumpah sebagai hak milik bersama dalam sidang media yang diadakan pada Rabu lalu.
Isu pertikaian hak cipta lagu Sumpah sudah tercetus sekitar Julai tahun lalu apabila karya itu dikatakan berkisar pada kisah cinta sebenar. Lagu 'Sumpah' dicipta secara bersama oleh Naim dan Dayana pada 2015 ketika mereka masih bercinta.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment