16 February 2020

"4 PAGI KEJUT AYAH..." - ISTERI PU ABU KONGSI CERITA BERSALIN TANPA SUAMI


"Alhamdulilah, Mateen ni Hana dapat deliver secara normal. Hana start rasa contraction jam 1 pagi (1 Feb 2020), masa tu dekat rumah baru lepas mandi. Tapi Hana still lengah-lengah dan layan lagi atas katil. Sampai satu masa, Hana pergi tandas nak buang air, tiba-tiba turun lendir dan ada darah sikit.





"Apa lagi, memang tak syak lagi. Aku nak beranak dah weh! Lepas tu Hana mandi sekali lagi. Kali ni cewah... Aku shampoo sekali. Bagi wangi wangi apa semua. Ye lah, takkan nak pergi dengan bau yang hapak apa semua.

"Tapi apa yang paling penting jangan lupa SHAVE sebelum nak pergi serah diri dekat hospital tu. Karang kesian doktor tak dapat beza mana satu bulu dan mana satu rambut anak," ujar isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa sambil berseloroh.

Isteri PU Abu berkongsi pengalamannya melahirkan anak kedua secara normal tanpa suaminya di sisi. Cerita Hana, dia sememangnya nekad untuk bersalin secara normal memandangkan anak sulungnya, Afifah Aisyah dilahirkan melalui pembedahan cesarean.

Klik untuk gambar besar


Tambah Hana, dia terpaksa mengejutkan bapanya seawal pukul 4 pagi untuk menghantarnya ke hospital bersalin: "Kalut sana kalut sini dah nak pukul 4 pagi. Masa ni Hana buang air then darah turun sekali lagi. Tapi kali ni macam banyak sikit. Gelabah teruslah apa lagi. Bukan risau apa tau. Memikirkan anak dalam perut ni ja.

"Takut jantung dia lemah ka, terbelit tali pusat ka, terberak dalam perut ka. Kita mana nak tahu. So pukul 4 pagi Hana terus kejut ayah dan minta bawa pergi hospital. Kesian bapak aku weh. Terkebil kebil pagi pagi buta dok sedap tidoq Hana kejut bangun. Ha la terkejut aku kata nak terberanak dah. Cepat-cepat dia mandi and siap-siap bawa pergi hospital," katanya.

Hana mengelakkan daripada mengambil ubat penahan kesakitan (epidural) sepanjang proses bersalin demi merasai nikmat melahirkan anak secara normal: "Masa ni memang tak ingat apa dah. Tak ingat dan tak nampak sapa dah. Sakit dia tak ingat weh. Masa aisyah dulu sejujurnya Hana tak tahan sakit ja terus mintak epidural.



"Lepas tu aku sembang sakan lah sebab tak rasa sakit. Tapi kali ni Hana tekad. Apa pun jadi tak nak and tak akan ambil epidural tu. Big No! Memang dah tekad nak rasa macam mana nikmat beranak normal. Hampa tau dak dalam labour room tu, Hana rasa semua nurse macam nak boh penampaq tu dekat muka ni. Teka lah sebab apa haha. Sakit okay. Sakit gila. Sakit yang tak tau nak habaq macam mana.

"Pukul 6 pagi nurse tolak Hana masuk labour room masa tu bukaan 5cm dan Alhamdulilah, jam 6.59 pagi Mateen selamat lahir. Rasa dia fuh......... tak terkata. Hilang teruih rasa sakit tu. Cuma nya bersyukur sangat Allah permudahkan. Allah Maha Baik. Walaupun diri ni hina dan penuh dosa. Tapi Allah tetap bantu Hana bertarung nyawa melahirkan anak. Allahu. Sebak pulak dah," tambahnya.

Untuk makluman, Muhammad Uwais Al-Mateen dilahirkan pada 1 Februari dengan berat 3.12 kilogram. Hana dan Abu difahamkan telah berkahwin pada Mei 2019 selepas kontroversi bekas isteri Abu, Ain Afini mendedahkan telah diceraikan ketika hamil tujuh bulan.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: