22 February 2020

"AKU NI BANTU ORANG, TAUBAT... BUKAN BUAT JENAYAH" - ALIFF SYUKRI


Sebelum ini, pelawak Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, memohon agar usahawan komestik Aliff Syukri bertaubat kerana secara tidak sengaja telah memecah belah silaturrahim antara ahli keluarga mereka.





Aliff menerusi Instagram Story miliknya berkata, kunjungannya itu adalah untuk menyampaikan bantuan dan bukanlah satu kesalahan sehingga diminta bertaubat: "Aku ni membantu orang, bagi duit datang beradab bukan tak ucap takziah. Kalau nak tahu semua benda saya ada rekod dan tolong jangan kata saya tak ada adab.

"Suruh bertaubat bagai, saya bukan buat jenayah ya! Yang mana kata saya kena minta maaf dan (kata) saya ni jahat tak ada adab, semua tu salah. Saya bukan nak cari masalah! Tak sabar nak buat sidang media Isnin ini supaya nama saya tak diburuk-burukkan, tunggu penjelasan saya. Saya pun dah buat laporan polis berhubung isu ini," katanya.

Dalam masa sama, Aliff berkata segala rakaman dan perkongsiannya sepanjang temubual itu telah mendapat kebenaran keluarga balu arwah Abam. Malah dia tidak berniat untuk melaga-lagakan keluarga berkenaan: "Yang mana kata saya suka-suka upload video sebenarnya saya dah minta kebenaran, balu arwah pun tahu dan tak ada nak melaga-lagakan sesiapa.

Saya pun tak tahu cerita dan hanya sekadar nak melawat, sudah tentu benda ini tak dirancang, saya sendiri terkejut. Saya tak salahkan A atau B, jangan kata saya suka melaga-lagakan orang, ini semua atas kebenaran isteri arwah dan saya ada bukti dan video tersebut," katanya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: