02 February 2020

ANUGERAH UTAMA AME 2020 - KHAI, NANA TAK LETAK HARAPAN TINGGI


Saban hari, ramai bakat baharu yang muncul dan mencuri tumpuan peminat. Jadi untuk mengekalkan kemenangan anugerah berasaskan undian bukanlah perkara mudah. Justeru itu, pemenang kategori utama Anugerah MeleTOP Era 2019, Khai Bahar dan Siti Nordiana enggan terlalu berharap untuk meraih trofi yang sama tahun ini.





Menurut Khai, 25, dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada peminat dalam menentukan keputusan yang bakal diketahui April depan: Saya sudah dua tahun berturut-turut membawa pulang trofi utama kategori Top Top MeleTOP (lelaki) dan untuk kali ketiga kita tengoklah peminat macam mana.

"Saya letakkan semuanya pada peminat, mereka yang akan menentukan siapa yang layak, kita cuma buat sebaik mungkin dan kalau ada rezeki adalah!," kata penyanyi lagu 'Ratuku' itu.

Klik untuk gambar besar


Tahun lalu, Khai Bahar muncul sebagai pemenang kategori utama Anugerah MeleTOP 2019 (AME2019) menerusi kategori Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Siti Nordiana memenangi Top Top MeleTOP (Wanita). Untuk Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), kedua-duanya bersaing dalam kategori yang sama iaitu Penyanyi meleTOP dan Group Duo MeleTOP menerusi lagu Satukan Rasa.

Sementara itu, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana itu pula berkata dia sudah melakukan yang terbaik dan meletakkan soal rezeki kepada Allah SWT: "Saya dengan peminat akan berusaha tapi soal menang atau tidak itu bukan ditangan saya, semuanya rezeki Allah.



"Lagipun saingan sangat kuat, tak naklah terlalu berharap sangat sebab takut nanti kecewa... kita berbalik kepada rezeki. Komen-komen negatif orang tu biasalah, asalkan kita buat kerja kita dan tak sakitkan hati orang, dah cukup!," ujarnya.

Selain dua kategori tersebut, penyanyi lagu 'Hatiku Milikmu' ini turut menerima pencalonan menerusi kategori Lagu Meletop Era dan Artis Versatil. AME2020 bakal berlangsung pada 12 April ini di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal dibuka sehingga 25 Februari pukul 12 tengah hari. Undian boleh dibuat secara online di dua buah platform iaitu di laman web rasmi AME 2020 iaitu www.anugerahmeletopera.com.my atau aplikasi SYOK.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: