03 February 2020

SAJAT DIDAKWA KANTOI - DI AIRPORT BERJUBAH, DI MEKAH BERTELEKONG


Gara-gara Nur Sajat berangkat mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakannya, ramai yang tertanya bagaimana Sajat boleh lepas ke Tanah Suci sebagai jemaah wanita?





Tanya mereka, bukankah kad pengenalan Sajat sebelum ini yang tular memperlihatkan yang dia bukan wanita tetapi lelaki?

Terkini, tular pula satu perkongsian gambar oleh netizen mendakwa Sajat ke Mekah memakai jubah lelaki tetapi apabila sampai di Tanah Suci dia terus menukar pakaian tampil sebagai wanita.

Tambah netizen itu, Sajat bersama dua lagi rakannya ketika di lapangan terbang memakai jubah lelaki dan tidak memakai tudung sedangkan sebagai wanita wajib memakai tudung.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Sajat bersama keluarga dan rakannya yang menunaikan umrah merasa terharu kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki di Madinah dan Makkah.

"Walaupun di tanah air, saya selalu dikutuk, dihina, dicaci malah berbagai lagi tohmahan diberikan, saya pilih untuk berdiam diri. Saya musafirkan diri ini dan menganggap apa yang berlaku itu memang sudah tertulis buat insan bernama Nur Sajat.

"Kenapa saya selalu dikatakan dilaknat dan syurga itu bukan milik saya? kalau begini kejadian saya dimuka bumi ini, kenapa Allah jadikan saya dan kenapa tidak orang lain? Tiada siapa yang hendak dilahirkan serba kekurangan," demikian kongsinya.

Untuk info, hingga kini status jantina Sajat masih lagi menjadi tanda tanya walaupun telah melibatkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).





         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: