29 February 2020

ARIFF MESEJ A. AIDA - MAS KHAN TETAP PROMOSI, ENGGAN CAMPUR ADUK KERJA & PERIBADI


Berhubung isu kehilangan wang pelaburan RM200,000 yang sebelum ini diperkatakan, penerbit Datuk A Aida, 50, memberitahu dia menerima mesej daripada bekas suaminya yang juga pelakon, Ariff Aziz yang mengucapkan terima kasih atas penjelasan isu tersebut. A. AIda berkata, mesej itu dikirim Ariff menerusi Direct Message (DM) di Instagram baru-baru ini.





"Dia mesej, saya balas. Saya hanya cakap okay dan terima kasih saja. Kita memang bagi tiga nama yang tahu mengenai akaun bitcoin untuk siasatan. Hasil siasatan polis mendapati dia tidak terbabit. Itu yang dia mesej.

"Jadi, tidak perlu untuk saya bergaduh dengannya. Bagi saya, apa yang pernah berlaku antara kami biarlah berlalu. Ia sudah tinggal sejarah. Masing-masing boleh fokus dengan kehidupan sendiri," tuturnya.

Menerusi mesej yang dihantar, bekas suaminya juga berharap mereka masih boleh menjadi kawan: "Saya tidak ada apa-apa masalah dengan dia. Kami bercerai pun cara baik. Cuma, buat masa sekarang biarlah masing-masing fokus dengan kerjaya dan kehidupan sedia ada.

"Apatah lagi filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda terbitan syarikat saya baru ditayangkan. Jadi, saya mahu fokus betul-betul. Saya berharap peminat dapat memberi sokongan dan pergi menonton filem tempatan. Saya boleh janjikan, filem ini berbeza dengan karya sedia ada," jelasnya.

Sementara itu, meskipun kemelut dengan A. Aida belum selesai, pelakon Mas Khan tetap menjalankan tugas mempromosikan filem lakonannya, 'Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda' di laman Instagram. Menurut Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 26, dia mahu bersikap profesional dan enggan mencampur aduk urusan kerja dengan masalah peribadi antara mereka.

Klik untuk gambar besar


"Kerja tetap kerja. Sebagai salah seorang pelakon dalam filem tersebut, ini adalah tanggungjawab saya untuk mempromosikan hasil lakonan saya juga. Bila perkara yang melibatkan soal kerja, emosi kita perlu disimpan di rumah. Saya hanya mahu bersikap secara profesional sahaja. Apa sahaja isu atau masalah antara kami itu, tidak perlu dicampur aduk dalam soal kerja," kata Mas Khan.

Mas Khan diminta mengulas mengenai beberapa foto dan status berkenaan mempromosikan filem terbitan A. Aida itu di lama sosialnya. Menerusi laporan mStar pada 18 Februari lalu, A. Aida menegaskan Mas Khan dilarang dan tidak akan mendapat peluang lagi untuk berlakon dalam filem atau drama terbitannya.

Justeru itu, A. Aida turut memberitahu aktor tersebut tidak diundang untuk menyertai sebarang promosi termasuk tayangan perdana filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda yang diadakan baru-baru ini. Larangan itu dibuat berikutan dia sudah hilang kepercayaan terhadap Mas Khan kerana dipercayai menjadi suspek berhubung kehilangan wang pelaburannya berjumlah kira-kira RM200,000.

Dalam pada itu, Mas Khan berkata dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu yang berlaku antara mereka berdua kerana tidak mahu kenyataannya disalah tafsir. Biarpun tidak akan berpeluang berlakon dalam produksi A. Aida namun Mas Khan masih diberikan rezeki lakonan daripada pihak produksi lain.

"Saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan berkenaan isu yang terjadi antara saya dan dia sebab ia akan mengeruhkan keadaan lagi. Alhamdulillah, saya masih lagi menerima beberapa tawaran berlakon dengan produksi lain seperti JS Pictures Sdn Bhd," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, mStar, Instagram A. Aida, Mas Khan & Ariff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: