21 February 2020

BERITA PALSU KORONAVIRUS - ZED ZAIDI ANTARA EMPAT INDIVIDU DIDAKWA


Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat susulan berkongsi berita palsu berkenaan koronavirus 2019 (2019-nCoV) di laman sosial. Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah ketika dihubungi turut mengesahkan Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil hadir ke mahkamah untuk sebutan kes tersebut: "Ya memang betul. Kehadiran Zed Zaidi di mahkamah hari ini hanya untuk pengurusan kes sahaja," katanya.





Menerusi laporan Bernama, Zed Zaidi, 40, antara empat individu yang didakwa kerana membuat kenyataan berhubung Covid-19 di media sosial yang boleh menyebabkan kegentaran pada orang awam. Pada 31 Januari lalu, Zed Zaidi hadir memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkongsian berita tersebut di Cyberjaya.

Sebelum ini, pelakon itu dikecam netizen selepas berkongsi berita palsu yang mengatakan semua negara mengharamkan pelancong dari China kecuali Malaysia di Facebook dan Twitter miliknya. Segelintir netizen memberitahu artikel yang menggunakan tajuk utama itu boleh disunting sesiapa sahaja melalui laman breakyourownnews.com untuk menghasilkan imej seakan-akan berita.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: