21 February 2020

DAPUR TERBAKAR - FARHAN AF4 BERSYUKUR BOMBA CEPAT DATANG


"Saya baru pulang ke rumah dan tidak sampai beberapa minit saya dapati dapur rumah saya terbakar dan api marak dengan besar sekali. Saya tidak tahu apa yang patut dilakukan dan apa yang saya terfikir waktu itu untuk menelefon pihak bomba.





"Nasib baik bomba datang dengan cepat, jika tidak saya pasti api akan merebak sehingga ke rumah sebelah," tutur penyanyi Nur Farhan Azizan yang melalui detik cemas apabila dapur rumahnya terbakar dan api marak dengan besar pada petang Khamis.

Bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4) itu berkata seluruh ahli keluarganya panik dan tanpa membuang masa Farhan terus menghubungi pihak bomba. Terdahulu, Farhan menerusi akaun Instagram miliknya bersyukur kerana pihak bomba segera memadamkan api di dapur rumahnya.

Menurut Farhan punca kebakaran adalah daripada hos gas yang bocor ketika ibunya sedang memasak di dapur: "Bomba memberitahu kebakaran itu berpunca daripada hos gas kami yang bocor.

"Saya bersyukur kerana ibu dan seluruh ahli keluarga saya selamat. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli bomba yang bertungkus lumus memadamkan api di rumah kami semalam," kata Farhan lagi yang kini sedang sibuk dengan perniagaan khidmat hidangan makanan atau pakej catering untuk majlis-majlis keraian.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: