18 February 2020

EMMA MAEMBONG NIKAH 'TERTUTUP' LUSA?


Mungkin ramai yang kurang percaya dengan gosip kahwin jika melibatkan Emma Maembong. Ini kerana, gosip kahwinnya sebelum ini semuanya gagal dan berlalu bagaikan angin sahaja.

Namun yang terkini ini nampaknya bagaikan bersungguh benar apabila dia dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada Khamis (20 Februari). Emma dilaporkan oleh Harian Metro bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Mr S.





Bagaimanapun, majlis pernikahan tersebut jika benar didakwa akan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Ini kerana, jejaka, 32 tahun, yang berjaya memikat hati Emma itu ialah seorang Pilot syarikat penerbangan swasta.

Meskipun hubungan mereka terlalu singkat, namun Emma dan Pilot itu dengan pantas telah mengambil keputusan untuk bernikah. Difahamkan, pernikahan tersebut tidak didedahkan atas permintaan keluarga Emma sendiri.

Dalam hal ini, Emma masih belum mengesahkannya pada media berhubung perkahwinan senyap ini. Tetapi jika benar, tahniah kami diucapkan buat Emma dan Mr. Pilot. Moga ia kekal hingga hujung nyawa. Amin..

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: