17 February 2020

"JANGAN SAMAKAN..." - DSV TEMPELAK AISHAH TERHENGEH-HENGEH MAHU HARTA


Semasa kemelut isu Datuk Seri Vida atau DSV ingin menyaman Azwan Ali kerana menghina dirinya dan anak-anak ini tengah hangat, penyanyi Aishah baru-baru ini telah memuatnaik satu entri di laman Instagram yang seakan mengungkit kembali kes antaranya dengan usahawan komestik itu yang pernah kecoh satu ketika dahulu.





Jika anda masih ingat, sebelum ini hangat dengan kontroversi kes berlian palsu yang dihadiahkan oleh DSV kepada Aishah ketika menjuarai pertandingan Gegar Vaganza 4 (GV4). Melihat pada entri tersebut, Aishah menyatakan ketidakpuasan hatinya berhubung kisah permintaan maaf yang diperlekehkan. Rata-rata netizen mempercayai, 'sindiran' itu ditujukan kepada DSV.

Tidak hanya berdiam diri, DSV menempelak Aishah yang cuba masuk campur dalam kes saman antaranya dan Azwan. Menurut DSV kes Aishah dan Azwan berbeza, menyifatkan penyanyi itu terhegeh-hegeh mahu harta.

Klik untuk gambar besar


"Kes Aishah terhegeh-hegeh hendak harta. Ada ke pergi pilih berlian? Tidak ada satu syarikat di dunia bagi peluang pilih berlian satu persatu. Saya sahaja yang bagi peluang sebab terhegeh-hegeh sangat. Jadi, jangan samakan kes saya dengan dia dan Azwan. Ini dalam Instagram pun rajin komen.

Terdahulu, selepas timbul DSV telah menyerahkan barang kemas dan berlian bernilai RM80,000 seperti yang dituntut oleh Aishah terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk satu cincin lelaki. Malah, dia sendiri berbesar hati menyerahkan sepenuhnya kepada Aishah untuk membuat pilihan barang kemas seperti yang diinginkan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Aishah & Datuk seri Vida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: