06 February 2020

ENGGAN MENGIYAKAN - TYA ARIFFIN AKUI SEDANG BIASAKAN BERTUDUNG


Beberapa hari lalu, entri yang dikongsi Tya Ariffin di laman Instagram (IG) pantas menarik perhatian netizen apabila isteri kepada Asyraf Khalid tampil mengenakan tudung. Foto menampakkan dirinya bertudung itu mencetuskan pertanyaan peminat apakah wanita itu sudah berhijrah.





Ramai pengikut menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu memberi reaksi positif, sebaik gambar terbabit viral. Tidak kurang juga yang memuji ibu kepada dua cahaya mata ini iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa, bertambah cantik. Menghubungi Tya, pelakon dan usahawan ini mengaku masih dalam proses belajar dan membiasakan diri bertudung.

"Saya tidak mahu pantas mengiyakan persoalan apakah saya sudah bertudung atau sebaliknya. Hakikatnya, saya sedang mencuba dan membiasakan diri. Saya mahu belajar untuk menjadi lebih baik... Bukan mudah untuk istiqamah.

"Dalam hidup ini, apa yang pasti, kita sentiasa mahu menjadi insan yang lebih baik. Malah, dengan apa yang saya nikmati saat ini daripada Allah, saya fikir saya belum jadi hamba-Nya yang baik,” katanya.

Klik untuk gambar besar


Tya bersyukur dikurniakan rumah tangga yang bahagia dengan suami dan anak-anak: "Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang baik dan perniagaan jamu Mutyara terus maju. Namun, saya tak mahu dilihat terus kufur dengan nikmat itu," ujarnya.

Tya yang berasal dari Palembang, Indonesia, mengaku berhajat menunaikan umrah buat kali pertama bersama suami tersayang: "Jika ada rezeki, kesempatan dan ruang, saya mahu menunaikan umrah bersama suami," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Tya ditanya mengenai uji bakat menjayakan pementasan teater muzikal, Puteri Gunung Ledang (PGL), yang dihadirinya, baru-baru ini: "Saya anggap bukan rezeki. Namun percaturan Allah itu cantik. Tuhan susun saya dengan benda lain.

"Sekarang saya fokus membantu menaikkan semangat dan memberi bimbingan kepada usahawan di bawah perniagaan sendiri," kata Tya berkahwin dengan Asyraf pada 1 November 2015 dan dikurniakan sepasang anak.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Tya Ariffin & Asyraf Khalid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: