15 February 2020

FARID AKUI ADA KAWAN JAUHKAN DIRI SEJAK KELUAR MASUK PENJARA


"Kawan-kawan jauhkan diri itu memang ada... itu yang saya harapkan sekarang agar mereka jauhkan diri daripada memberikan vibe negatif dalam hidup saya. Bagi mereka yang kekal bersama saya dan ada juga yang baru datang, terima kasih saya bersyukur sangat.





"Allah sudah tunjukkan dengan jelas apa yang putih dan hitam dalam hidup saya... sekarang ini saya adalah Farid Kamil yang tak sabar nak berdepan cabaran hidup akan datang," demikianlah kata pelakon Datuk Farid Kamil.

Terkait dengan beberapa dakwaan kes jenayah hingga menyebabkan dia dipenjara pada tahun lalu menyebabkan Farid mula dijauhi beberapa teman rapat sebelum ini. Namun Farid berkata dia reda dan tidak berkecil hati dengan tindakan individu berkenaan kerana enggan hidupnya terus dikelilingi aura negatif.

Pada 13 Disember tahun lalu, mahkamah membenarkan Farid menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadapnya kerana penyalahgunaan dadah sehingga rayuannya selesai.

Klik untuk gambar besar


Sebelum itu pada pertengahan November 2019, Farid diperintahkan menjalani hukuman berkenaan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuannya terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei tahun sama.

Suami kepada aktres Datin Diana Danielle itu menjalani hukuman itu di Penjara Kajang, Selangor. Sementara itu Farid berkata penangguhan hukuman tersebut memberikan peluang kepadanya untuk fokus dengan karya terbaharu arahannya, 'Remp-it 2' yang dijangka akan ditayangkan di pawagam pada Ogos ini.

"Saya sebenarnya tak sabar nak tunggu 'Remp-it 2' keluar dulu kerana seluruh keluarga saya bergantung harap dengan filem ini. Ini filem pertama terbitan FKX Film Sdn Bhd dan saya merupakan penerbit, pengarah dan pelakon. Semestinya banyak cabaran pahit dan manis sepanjang menghasilkan filem ini lebih-lebih lagi ini kali pertama saya jadi penerbit.

"Malah isteri saya, Diana Danielle turut terbabit sebagai penerbit bersama dan anak saya, Muhammad juga berlakon dalam filem ini," ujarnya berhubung filem berkenaan yang turut dibintangi oleh Cat Farish, Niezam Zaidi, Julia Hana dan Ahirene Ahiruddin.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Farid Kamil & Diana Danielle


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: