20 February 2020
"LAYAK KE DIMAAFKAN..." - DSV NEKAD TERUSKAN SAMAN TERHADAP AZWAN ALI
Berikutan konflik yang berlaku di antaranya bersama selebriti, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) nekad memfailkan saman terhadap pengacara dan pelakon itu biarpun permohonan maaf telah dilakukan 11 Februari lalu. Pengumuman itu dibuat oleh DSV menerusi satu sidang media sebentar tadi.
Ketika sidang media tersebut berlangsung, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata saman malu terhadap Azwan tetap akan diteruskan: "Tak tahu nak cakap hati saya remuk macam dirobek-robek bila tengok video tu, maruah saya dipijak-pijak. Kalau anda kat tempat saya tengok video permohohan maaf yang dibuat layak ke dimaafkan? Boleh ke atau biarkan saja?
"Kesungguhan awak minta maaf, cara you minta maaf macam tu ke? Sakitnya hati saya, pemberontakan jiwa saya, marahnya saya jadi hati saya sangat terguris bila reputasi saya dicalarkan macam tu. Tanpa prajudis atau dipengaruhi oleh sesiapa tapi kerana jiwa dan perasaan saya dengar sini Azwan Ali, saman akan diteruskan," ujarnya.
Menurut DSV, saman itu dibuat selepas mengambil kira reputasi perniagaannya serta maruahnya yang tercalar: "Memang sudah mohon maaf tapi apabila satu jam lebih buat sidang media, saya rasa kemaafan hari itu itu telah membakar lagi hati saya. Hati saya makin terguris dan tercalar," katanya.
Klik untuk gambar besar
Menurutnya lagi, penghinaan dibuat oleh Azwan Ali di media sosial juga disifatkan melampau apabila menyentuh kejadian dua arwah anak lelakinya yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran beberapa tahun lalu: "Tambah lagi bila kait dengan kematian anak saya. Mengaibkan bila dikaitkan dengan rentung, sakit hati saya dengan perkataan rentung tu.
"Anak saya tak rentung la, berapa kali saya nak cakap. Mereka lemas asap berpelukan dalam bilik air menunggu diselamatkan. Tiga bulan saya terlantar sebab kejadian berkenaan. Video berita tentang kematian anak saya pun saya tak mampu nak tengok," jelasnya.
Sementara itu, menurut wakil peguam DSV, saman yang difailkan bukanlah berprinsipkan kepada menuntut ganti rugi: "DSV sebaliknya saman atas reputasi. Saman difailkan tidak akan diletakkan jumlah tuntutan. Kita hanya kumpul bukti-bukti ini, selebihnya mahkamah yang akan tentukan jumlah ganti rugi," tuturnya.
Sidang media itu telah berjalan di One World Hotel, Bandar Utama, Selangor. Terdahulu, Azwan telah mengadakan satu sidang media di Marriot Hotel, Putrajaya pada 11 Februari lalu, sekaligus cuba menunaikan tuntutan usahawan terbabit.
Terdahulu, konflik antara dua selebriti ini tercetus apabila Azwan melakukan penghinaan terhadap DSV dan anak perempuannya iaitu Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin. Tidak cukup dengan itu Azwan turut menghina kematian dua anak lelaki DSV yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran pada 2013.
Susulan daripada perlakuan tersebut, Azwan kemudian melakukan permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media. Walaubagaimanapun, permohonan itu seakan tidak disenangi DSV apabila Azwan Ali kelihatan seperti memperlinya.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Media Hiburan & Instagram Datuk Seri Vida
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment