06 February 2020
NIKAH APRIL DEPAN - JOE FLIZZOW SERAH PERSEDIAAN MAJLIS PADA IBU
Mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Marini Ramlan pada 28 Disember 2019, penyanyi rap, Joe Flizzow mengumumkan dia dan bakal isterinya itu akan disatukan dalam majlis akad nikah pada awal April tahun ini.
Menurut Joe, dia hanya bersedia dari segi mental dan menyerahkan urusan persediaan majlis kepada ibunya, Aishah Ali: "Saya hanya bersedia dari segi mental, untuk persediaan majlis, saya lebih selesa untuk menyerahkannya kepada ibu saya memandangkan dia sangat teruja untuk mengadakan majlis perkahwinan saya.
"Kami memilih Dewan Perdana Felda sebagai lokasi majlis kerana ia mampu memuatkan lebih 1000 orang, kami harus mengundang ramai tetamu kerana kawan-kawan ibu saya pun lebih ramai dari kawan saya sendiri," seloroh Joe.
Klik untuk gambar besar
Ditanya soal konsep perkahwinan impian, Joe mengatakan dia lebih gemar untuk mengadakan majlis serba sederhana: "Kalau ikutkan saya, impian saya hanya mahu kahwin dalam masjid, saya suka sederhana sahaja.
"Tapi saya ikut kehendak ibu saya yang mahu ajak orang ramai. Memandangkan saudara mara pun tumpang gembira, maka eloklah kami adakan satu majlis yang boleh kedua-dua belah keluarga berkumpul," tambahnya.
Difahamkan, upacara akad nikah juga akan diadakan di hari dan lokasi yang sama. Maklumat lanjut mengenai majlis itu akan dihebahkan oleh pihak pengurusan Joe tidak lama lagi.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Instagram Joe Flizzow & Marini Ramlan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment