01 February 2020

SAFIEY MAHU 'TERJUN BALKONI' - NETIZEN NASIHAT, MALAH ADA KATA GIMIK


Cerita mengenai usahawan kosmetik, Safiey Illias sudah lama kita tidak dengar. Kali terakhir pada bulan Ogos tahun lalu dimana Safiey berkongsi luahan perasaan tentang kepayahan hidupnya selepas menjalani pembedahan membuang implan silikon pada bahagian dada buat kali kedua.





Macam-macam juga yang dia lalui termasuklah kehilangan kawan dan pekerja, dikhianati serta diduga dengan pengkhianatan kes pecah amanah oleh seseorang yang Safiey sangat percaya yang juga merupakan rakan baiknya.

Terbaru, perkongsian Safiey di laman Instagram mengejutkan ramai apabila status yang dimuatnaiknya seolah-olah sudah putus harapan dan mahu membunuh diri dengan melompat dari balkoni rumahnya. Rata-rata netizen yang bimbang dengan keadaannya menasihatinya agar sentiasa ingat Allah dan tidak membuat kerja bodoh seperti itu.

Klik untuk gambar besar


Ramai netizen mengatakan itu adalah cubaan membunuh diri dan gejala tekanan perasan. Dalam pada itu, ada segelintir menyifatkan status Safiey itu hanya gimik murahan untuk meraih perhatian untuk mernaikkan jualan produk atau mungkin kerana perniagaannya kini bermasalah.

Diharap Safiey segera dapatkan bantuan jika mengalami masalah emosi atau tekanan perasaan bimbang perkara buruk akan terjadi. Sebagai orang beragama Islam, apa sahaja dugaan yang menimpa berbaliklah pada Allah. Bunuh diri bukan jalan singkat penyelesaian masalah. Apa-apa pun dugaan yang dihadapi, kita jangan mudah mengalah.






www.myartis.com / Sumber & foto: Cari Forum, Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Safiey Ilias


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: