01 February 2020

"TAK ADA PERANCANGAN... TAK TAHU BILA JODOH SAYA TIBA" - AIMAN TINO


"Buat masa kini memang saya tak ada perancangan atau sasaran bila nak kahwin. Lagipun, saya sendiri tak tahu bila jodoh saya akan tiba. Soal kahwin perlukan perancangan yang sangat serius. Saya ini jenis tak nak la berkenalan terlalu lama, kalau dah okey, saya terus kahwin sahaja.





"Tapi saya masih ada abang yang belum berkahwin. Jadi, biarlah abang saya itu jalan dahulu," demikian kata penyanyi Aiman Tino, 22, yang memberitahu dia tidak meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Penyanyi lagu 'Rela Dibenci' dan 'Ku Rela Dibenci' ini yang mempunyai 10 adik-beradik terdiri daripada empat lelaki dan enam perempuan itu berkata, perkara berkaitan perkahwinan memerlukan perancangan yang serius.

Klik untuk gambar besar


Salah seorang kakaknya, penyanyi Fara Hezel baru sahaja berkahwin dengan ahli perniagaan Tengku Mohammad Kamal pada 20 Disember tahun lalu. Dalam pada itu, Aiman memberitahu biarpun dia ada merancang untuk mengubah konsep nyanyian dan pemilihan lagu namun bimbang peminat akan terkejut.

Menurutnya, dia perlu melakukan perubahan itu secara perlahan-lahan supaya peminat dapat menerima dengan baik: "Saya tak nak la terus berubah, nanti saya takut peminat yang terkejut. Daripada jiwang, tiba-tiba saya nak terus menari dan melompat.

"Mungkin selepas ini saya nak ubah lagu dari segi susunan dan melodi yang mengikuti perkembangan terkini tapi masih kekalkan signature Aiman Tino. Perubahan itu boleh berlaku tapi kena ambil masa dan buat secara perlahan-lahan. Mula-mula kita beri hint dahulu dan beri peminat nampak Aiman dah lain," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: