Menerusi entri di akaun Instagram, pengarah terkenal, Michael Ang memberitahu yang dia disahkan menghidap Influenza A selepas membuat pemeriksaan di sebuah hospital tempatan. Di entri itu, Michael berkongsi foto keputusan pemeriksaan kesihatan yang mengesahkan dia dijangkiti penyakit tersebut.

"Salam semua! Influenza A pulak! APO!!!!!! Nampaknya sambung cuti lagi! Heheheheh take care guys n luv u all!!!!" tulis Michael ringkas yang mendapat perhatian dari para pengikutnya dimana rata-rata mereka mendoakannya agar sembuh dengan segera.
Difahamkan, golongan yang berisiko tinggi menghidap Influenza A adalah kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah dan warga emas berusia 65 tahun keatas. Namun begitu, masyarakat dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan berjaga-jaga terutamanya ketika berada di tempat awam.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Michael Ang
________________________

No comments:
Post a Comment