"Assalamualaikum ABAH. Rindu! Rindu! Rindu! Al-Fatihah. Bulan Feb ni genap 2tahun ABAH pergi umrah n x balik2... Jubah ABAH nor nak bagi harraz pakai nti biar die jaga tingkah laku bila tau tok ABAH die ada di Jannatul Baqi. See u soon ABAH. Al-Fatihah..," tulis pengacara Iesya Toh menerusi laman Instagram yang meluahkan kerinduan paling mendalam buat arwah bapanya.

Februari yang bakal tiba rupa-rupanya sudah genap dua tahun arwah bapa Iesya pergi mengadap Yang Maha Esa. Luahnya, sudah genap dua tahun si bapa pergi menunaikan ibadah umrah dan tidak pulang sejak daripada itu.
Pengacara ini turut menyatakan hajat untuk menghadiahkan jubah arwah bapa buat anaknya kelak. Sekadar imbasan, bapa pengacara RTM ini, Sanny Toh bin Abdullah, 65, dilaporkan telah meninggal dunia di Madinah selepas rebah dalam perjalanan menuju ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, pada 8 Februari 2018.
Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Iesya Toh
________________________

No comments:
Post a Comment