01 February 2020

"SAYA TAK FAHAM ZIKIR, DOA & SURAH TU JADI MENUNGGANG AGAMA..." - SUFIAN


Penyanyi Sufian Suhaimi telah tampil memberi respon setelah digelar penunggang agama oleh segelintir netizen ekoran menjual produk Zikir Pillow by Baby Pian. Menurut Sufian, dia hanya mahu menyebarkan kebaikan kepada orang ramai.





"Saya hanya mahu menyebarkan kebaikan kepada orang ramai, saya tak faham bagaimana zikir, doa dan surah jadi menunggang agama. Bukannya beli zikir pillow confirm masuk syurga," tulis Sufian menerusi entri di akaun Twitter miliknya.

Kenyataan Sufian itu mendapat pelbagai respon dari netizen yang membalas 'tweet' tersebut. Ada yang masih mengkritik tindakan Sufian, namun ramai juga yang berpendapat penjualan bantal zikir itu bukan satu kesalahan dari segi agama.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, penyanyi lagu 'Di Matamu' itu Sufian Suhaimi berkata, status terbabit sedikit pun tidak memberi kesan kepada dirinya dan menyifatkan pengguna hari ini lebih bijak menilai mana baik dan buruk. Sufian berkata, produk itu dikeluarkan bertujuan untuk memberi pelajaran dan bermanfaat buat semua.

"Biasalah orang kita kalau ada benda baru yang dikeluarkan pasti akan mendapat kecaman. Sebelum Zikir Pillow ini ada di pasaran, sudah banyak produk dijual yang turut menggunakan zikir, doa dan surah sebagai kandungan produk. Cuma produk saya ini adalah yang pertama di negara kita dan Asia.

"Apabila saya keluarkan, itu yang membuatkan ada segelintir pihak tidak percaya. Jadi, mulalah cakap dan kritik bukan-bukan. Sebenarnya masyarakat kita sangat terbuka untuk terima bukan saja untuk diri sendiri tapi buat pembelajaran anak mereka," katanya.



Sufian berkata, produk itu mempunyai beberapa butang tertentu dengan fungsi berbeza: "Kalau nak dengar zikir saja, ia ada butang. Begitu juga dengan doa dan surah pilihan. Jika semasa tidur nak dengar semua, boleh tekan butang tidur (sleeping button). Jadi, ia berfungsi secara automatik.

"Paling penting, bantal ini juga ada audio pembelajaran. Ia memang membantu dan memberi manfaat. Saya tidak anggap ini sebagai satu isu besar. Ia sebenarnya terpulang kepada individu. Kalau produk ini dipandang dari sudut positif, ia pasti memberi manfaat. Sebaliknya, itu yang dikritik," ujarnya.

Baru-baru ini, Sufian mengeluarkan bantal zikir sebagai produk terbaru dalam perniagaannya. Difahamkan, bantal tersebut didatangkan dengan beberapa zikir, surah dan doa yang sesuai untuk bayi hinggalah golongan dewasa. Apa-apapun, sama ada buat perkara baik atau buruk golongan selebriti akan tetap dipandang serong oleh segelintir netizen.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: