01 February 2020

"SEDIA JADI BAPA SEGERA... MASUKLAH MEMINANG" - RITA AKUI TIDAK SUNYI


Selepas menjadi gadis dulang pada majlis pernikahan Elly Mazlein, baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini kembali dihujani soal perkahwinan. Rita berkata, selepas tujuh tahun hidup solo, dia reda dan hanya mengikut aturan ditetapkan Allah: "Kalau ada lelaki yang bersedia menjadi bapa segera pada anak-anak saya, masuklah meminang," ujarnya.





Menurut Rita, dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Rafqa Arjuna, 9, juga tidak pernah lagi bertanya mengenai perkara itu kerana sudah biasa hidup bertiga: "Sebelum ini ramai juga rakan yang cuba nak pasangkan dengan kawan mereka, malah ada yang tawarkan diri untuk mencarikan jodoh buat saya.

"Saya biasa saja. Mungkin sebab sudah terlalu lama solo, jadi perasaan itu lebih tenang bersendiri. Lagipun, saya ada dua anak yang sentiasa menemani dan menceriakan hari-hari saya. Biarlah tumpuan saya pada mereka dulu. Mereka pun semakin membesar. Banyak lagi perkara dan keperluan penting untuk mereka. Saya kena terus kuat untuk mereka," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Rita, dia juga tidak pernah merasa sunyi walaupun kebanyakan rakan lain sudah kembali berkahwin: "Saya tidak sunyi. Bahagian saya sudah tidak ada sebab saya nak tumpukan pada kehidupan anak-anak pula. Ini kerana, bahagian mereka baru bermula.

"Kasih sayang sejati dan belaian adalah antara anak dan ibu. Namun, Allah yang merancang semuanya dan saya menurut setiap perjalanan yang diatur-Nya dengan reda. Saya sudah bahagia dengan apa yang Dia berikan sekarang," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: