20 February 2020

"TAK NAK DUIT.. MAHU KEJUJURAN...." EX NAIM DANIEL TUNTUT HAK CIPTA 'SUMPAH'


Semua mengetahui mengenai lagu 'Sumpah' nyanyian Naim Daniel yang dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu ke-34 pada 9 Februari lalu. Namun baru-baru ini, bekas kekasih Naim iaitu Dayana Amerda telah menuntut hak cipta bersama lagu berkenaan. Dayana atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd. Amerullah, 21, berkata, tuntutan yang dibuatnya hanyalah atas dasar hak semata-semata tanpa melibatkan isu wang ringgit.





Dayana turut menggesa penyanyi itu supaya bersikap jujur kepada peminatnya untuk memaklumkan perkara sebenar berkaitan hak penciptaan lagu 'Sumpah'. Malah, Dayana meminta Naim mendaftarkan lagu 'Sumpah' sebagai hak milik bersama. Dayana berkata tindakan diambilnya untuk mengadakan sidang media juga tidak ada kena mengena dengan tuntutan duit kemenangan lagu 'Sumpah'.

"Saya hanya mahu Naim tampil untuk bersikap jujur dengan membuat pengakuan sebenar kepada peminatnya mengenai lagu 'Sumpah' adalah ciptaan kami bersama. Saya tak nak duit, apa yang saya mahukan hanyalah kejujuran daripadanya.

Klik untuk gambar besar


"Tapi kalau contoh dia daftarkan nama saya, secara tak langsung memang saya dapatlah royalti itu. Royalti tu nombor dua," ujar Dayana yang berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Dayana yang pernah menyertai Idola Kecil terbitan TV9 ketika kanak-kanak itu turut diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiar. Hadir sama, ibu Dayana, Che Rohaida Che Daud dan pengerusi Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abd. Majid. Katanya lagi, dia memberikan tempoh selama seminggu kepada Naim untuk membuat pengakuan secara terbuka bahawa lagu itu merupakan karya ciptaan bersamanya.



"Tempoh yang saya bagi selama seminggu untuk dia tampil membuat pengakuan. Tak kisahlah dalam bentuk video atau sidang media ke.. cuma pihak kami berlapang dada jika dia mahu berjumpa bagi berbincang hal ini secara terperinci," katanya.

Dalam pada itu, Dayana turut memaklumkan bahawa dia mempunyai bukti-bukti yang kukuh bagi menunjukkan bahawa lagu 'Sumpah' itu adalah ciptaan bersama. Terdahulu, Naim meminta mana-mana individu yang mahu menuntut hak cipta bersama lagu 'Sumpah' untuk mengemukakan bukti-bukti kukuh.

Naim mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi satu entri berbentuk video yang dimuat naik di Instagram miliknya. Isu pertikaian hak cipta lagu 'Sumpah' tercetus sekitar Julai tahun lalu apabila lagu itu dikatakan menceritakan kisah percintaan mereka. Lagu 'Sumpah' dikatakan dicipta bersama pada tahun 2015 ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: