31 March 2020

"ADAKAH SEDEKAH PERLU DIKONGSI... ADAKAH LALAI JIKA TIDAK DIPERTONTONKAN AMALNYA?" - SYAMSUL


"Awak tak sedekah apa-apa ke? Awak tak amal baca Quran ke? Asyik layan lagu tak zikir ke? Zaman ini.. aku keliru. Adakah sedekah jariah perlu dikongsi di media sosial. Adakah insan dianggap lalai jika tidak dipertontonkan amalnya? Tidak menghakimi sesiapa hanya khuatir rasa ikhlas pudar dari jiwa.





"Segelintir beranggapan jika tidak post gambar sedekah/baca Quran/masjid/sejadah maka bermakna org itu telah jauh dari agamanya. Akhirnya media sosial telah menjadi kayu ukur buku amalan seseorang dimata manusia. Tahniah iblis.

"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pengiktirafan Mu itu lebih maha penting daripada pengiktirafan manusia," tulis pengarah, pelakon dan produser, Syamsul Yusof yang berkongsi satu entri di laman Instagram miliknya tentang soalan-soalan yang sering ditanya oleh netizen kepada artis.

Klik untuk gambar besar


Tambah Syamsul, ada segelintir netizen yang beranggapan bahawa jika artis tidak membuat sebarang entri bergambar tentang sedekah, baca Al-Quran, ke masjid mahupun beribadah di atas sejadah, maka mereka dianggap telah jauh dari agama. Ramai netizen yang meninggalkan komen bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Syamsul. Ada yang berpendapat tidak semua golongan artis harus di pandang serong.

Dalam entri yang lain pula, Syamsul telah memberitahu kenyataannya itu telah disalahertikan oleh beberapa pihak: "Ada yang kata saya dengki busuk hati dengan ustaz dan orang yang buat kebaikan di media sosial. Hahh? Pulak dah.. apehal kesitu jauh pula fikirannya? Tiada kena mengena dan lain yang saya maksudkan. Takpelah, sabar jelah.

"Tak perlu kita berbalah benda sia-sia disaat musbah makin teruk sekarang. Kita cari redha Allah sama-sama. Apepun, media sosial telah menjadi fitnah besar akhir zaman. Hati2 lah dan jangan kita kalah dengan agenda "mereka".






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempa & Instagram Syamsul Yusof


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: