06 March 2020

AMMAR ALFIAN MUATNAIK FOTO CACAH TATU: "SAYA MOHON KEAMPUNAN..."


Pelakon Ammar Alfian menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik foto dipercayai ketika membuat ukiran tatu pada badannya beberapa tahun lalu. Ammar, 33, menulis kapsyen memohon keampunan dan reda dengan takdir yang sudah ditentukan Allah.





"Sebagai seorang muslim, perbezaannya adalah dosa saya untuk seluruh dunia melihat dan menilai. Mereka menggunakannya untuk mengeksploitasi dan fitnah bagi kepentingan mereka sendiri. Saya tidak boleh menyembunyikannya walaupun betapa sukar saya cuba. Tetapi saya mohon keampunan dan percaya pada Allah yang maha mengetahui semua perkara," katanya.

Sebelum ini, nama Ammar menjadi sebutan netizen apabila sebuah video tidak senonoh yang didakwa miripnya tersebar di media sosial pada penghujung Februari lalu. Netizen mula membuat spekulasi pelaku dalam video tersebut adalah Ammar berdasarkan ukiran tatu di bahagian dada dan bentuk badan.

Klik untuk gambar besar


Pelakon filem 'Paskal' itu tampil menafikan dakwaan tersebut dan mendedahkan beberapa foto individu berkenaan yang dipercayai berasal dari Mexico. Dalam pada itu, Ammar memberitahu masa depan seseorang itu tidak bergantung kepada kesilapan yang dilakukan pada masa lampau.

Ammar juga menasihati peminat dan pengikut di laman sosial untuk menjadikan apa yang berlaku kepada dirinya sebagai pengajaran: "Masa lalu yang buruk tidak menentukan masa depan. Kepada peminat dan pengikut, saya bukan seorang yang baik dan saya sedar tapi ambil perkara ini sebagai pengajaran untuk anda semua," ujarnya.

Apa pun, setiap manusia pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Begitu juga dengan Ammar yang mengakui pernah melakukan kesilapan sehingga ada pihak menggunakannya untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan sendiri.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ammar Alfian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: