07 March 2020

ADA KESAN LEBAM - SIASATAN POLIS TERHADAP ANAK ANGKAT ALIFF SYUKRI


"Hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di bahagian belakang badan mangsa. Bagaimanapun, pegawai perubatan tidak dapat mengesahkan bahawa kecederaan itu adalah akibat daripada perbuatan dera atau sebaliknya.





"Pegawai JKM Daerah Petaling Jaya sudah membuat penilaian dan menasihatkan supaya mangsa diletakkan di bawah jagaan sementara pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik terbabit," ujar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dipetik sebagai berkata pada BH Online berikutan kes pukul anak angkat yang melibatkan Datuk Seri Aliff Syukri.

Berikutan itu, Aliff Syukri telah diminta menyerahkan kanak-kanak perempuan terbabit yang berusia dua tahun itu dijaga oleh pembantu peribadinya buat sementawa waktu.

Tindakan itu dibuat atas nasihat pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mebuat penilaian terhadap kanak-kanak terbabit. Malah pihak polis juga sudah merakam percakapan pembantu rumah yang membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan beberapa saksi lain.

Tengah hari tadi, pihak polis mengesahkan penahanan Aliff bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendera anak angkatnya semalam dan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama sebaik siasatan ke atasnya selesai dijalankan.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: