16 March 2020

ANAK KEDUA NADYA DISAHKAN INFLUENZA A, SUHU BADAN LEBIH 40°C


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, pelakon Nadya Syahera telah memaklumkan bahawa anak keduanya, Mohamad Dayyan disahkan dijangkiti Influenza A dan terpaksa di tahan di wad hospital. Bahkan, Nadya atau nama sebenarnya Nadya Syahera Rosli, 27, berkata anak bongsunya itu mengalami demam panas sehingga mencecah 40 darjah celsius.





"Semalam gigih sambut ulang tahun kelahiran kakak, tapi Dayyan badan memang dah tak berapa sedap dah. Suhu naik turun. Sepanjang majlis semalam, asyik merengek dan lemah je. Jadi, selesai sahaja majlis semalam, suhu 39.8 darjah celsius.

"Pukul 2 pagi siap kemas rumah terus pergi hospital, ingat nak ambil ubat sahaja, tapi bila sampai hospital suhu dia makin naik 40.3 darjah celsius. Doktor masukkan ubat, ambil darah dan sampel swab hidung.

Klik untuk gambar besar


"Keputusan keluar, doktor cakap Dayyan kena Influenza A dan jangkitan bakteria. Jadi, check in lagilah hospital. Minta semua doakan Dayyan cepat sembuh ya," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Perkongsian Nadya itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya. Rata-rata mendoakan agar anaknya itu kembali segera sembuh: "Semoga cepat sembuh dan kalau boleh sekarang anak-anak jangan bawa tempat terdedah udara bebas dan orang yang dijangkiti bukan terus ada simptom," tulis salah seorang pengikutnya.

Sebelum ini, Dayyan pernah dimasukkan ke hospital pada penghujung tahun lalu selepas mengalami suhu badan yang tidak menentu. Nadya dan mendirikan rumah tangga dengan Fizul Nawi pada 25 September 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3, dan Mohamad Dayyan berusia dua tahun.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nadya Syahera


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: