23 March 2020
BEKAS ISTERI NAFI PERNAH HAMIL - ALHA ALFA: "AKU PENAT DENGAN SEMUA INI!!"
Bekas isteri jurusolek dan usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa iaitu Noor Azlin Ismail menerusi laman Instagram miliknya (@arelin_ismail) telah membuka mulut mengenai kontroversi perceraian mereka. Melihat pada entri yang dimuatnaik, wanita berusia 24 tahun itu seakan meluahkan rasa hatinya: "Yang dihidang untuk mata, tak sama dengan yang bakal dirasa dengan lidah," tulisnya.
Rata-rata pengikutnya meniupkan kata-kata semangat kepada Azlin di ruangan komen entri terbabit. Di ruangan yang sama, Azlin turut menafikan dirinya hamil dengan membalas komen salah seorang pengikutnya: "Alahan pembawakan ke Datin... Sabar ya," tulis @ezatyeza. - "Tak adalah, saya tak pernah mengandung," jawab Azlin ringkas.
Ia sekaligus menafikan kenyataan Alha sebelum ini yang mendakwa Azlin pernah mengalami keguguran. Di ruangan Instagram Stories pula, Azlin berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya di saat getir ini.
"Ya Allah, banyaknya orang DM, WhatsApp comment bagi kata-kata semangat untuk Alin. Terima kasih sangat-sangat. Yang mana tak balas, Alin minta maaf tapi Alin baca satu-satu ya. Doakan Alin yang baik-baik ya. Amin," kata Azlin yang mendirikan rumah tangga dengan Alha pada 28 September tahun lalu di Taiping, Perak, selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, pendedahan Alha mengenai perceraiannya mengundang kecaman netizen apabila ada yang beranggapan dia hanya membuka aib bekas isterinya. Menurut Alha atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 31, dia tidak kisah dengan kecaman kerana dirinya sudah tidak mampu lagi menanggung perkara itu seorang diri.
Alha juga meluahkan rasa kecewa apabila segala kebaikan yang pernah dilakukannya sebelum ini tidak dilihat: "Minta maaflah... Kalau nak kata aku buka aib pun, lantak pi la. Aku dah penat dengan semua ini!! Kenapa aku saja yang kena hadap semua ini?
"Tak nampak langsung dah ke kebaikan yang aku pernah lakukan? Jahat semua ke yang aku buat selama ini? Kenapa? Kenapa orang yang aku sayang pun sanggup menipu. Sanggup nak jatuhkan maruah aku kat orang? Sanggup nak malukan aku dekat semua orang?" tulisnya menerusi laman Instastory.
Pada Ahad lalu, Alha mendedahkan dia dan Azlin mengambil keputusan untuk berpisah secara baik setelah tiada lagi persefahaman antara mereka. Menerusi posting yang sama, Alha berkata dia hampir menjadi seorang bapa sebelum isterinya mengalami keguguran baru-baru ini.
Sementara itu, Alha yang memadam posting berkaitan perceraian itu menjelaskan tindakan itu dilakukan supaya bekas isterinya meneruskan kehidupan tanpa gangguan orang luar: "Saya padam bukan sebab saya takut tapi cukuplah beberapa orang yang sempat baca dan tahu situasi yang berlaku. Saya tak nak bekas isteri saya terganggu dan biarlah tamat begini kisah kami.
"Doakan kami dengan jalan yang lebih baik Allah luaskan selepas ini. Kepada netizen, cakaplah selagi mampu, fitnah dan kutuk la saya selagi daya. Kepada bekas isteri, saya diam dan berhenti di sini bukan maksud saya kalah. Tapi cukuplah niat saya nak beritahu orang yang awak bukan lagi isteri saya. Jadi, tidaklah terbatas lagi perjalanan hidup awak," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak & Instagram Alha Alfa
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment