11 March 2020

BILA JIHAN MUSE SANITIZE RUMAH: "PUAS HATI!... ADA LANGKAH PENCEGAHAN"


"Puas hati! Selalu kita sanitize tgn. Semalam kita sanitize rumah. Sebelum ni tak pernah tau pun service ni wujud. Kalau korang pun nak try blh cari @abdelcuci. Lagi2 skrg ni mcm2 jadi segala kuman virus bakteria mcm2 lah. Bukan lah nak kata confirm2 selamat tapi at least ni ada langkah pencegahan. Ataupun kalau bkn sbb virus pun niat je lah saja2 nak rumah bersih.





"Fresh rasa. Mcmana tgn kita fresh lps pakai sanitizer tu mcmtu jugakla dinding kita rasa. Kot. Selalu harga sanitize 1 rumah RM750 tp skrg @abdelcuci bg penurunan harga sbb keadaan skrg ni jadi RM299 shj. Saya review sbb saya puas hati. Alhamdulillah.

"Tq @abdelcuci. Oh btw diorg ade service cuci sofa & carpet jugak tu harga lain tny diorg lah. Sekian. #unpaidreview #goodservice #homesanitizer," demikian kata pelawak dan hos, Jihan Muse yang mengambil pendekatan terbaik apabila melakukan pembersihan di dalam rumah sebagai pencegahan kepada ancaman penyakit dan virus.

Klik untuk gambar besar


Menerusi entri terkininya di laman Instagram, hos Gegar Vaganza itu dilihat ada memuatnaik foto serta video kerja-kerja pembersihan perabot dalam rumah yang telah dilakukan semalam. Malah jelasnya, dia turut berpuas hati dengan servis yang diberikan petugas yang melakukan kerja-kerja pembersihan.

Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu melakukan review kerana puas hati dengan hasil yang diberikan. Menjengah ke ruangan komen, para peminat rata-ratanya memuji serta bersetuju dengan inisiatif yang diambil Jihan sekeluarga, sebagai antara langkah keselamatan khasnya bagi mereka yang mempunyai anak.










www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Jihan Muse & Ungku Hariz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: