28 March 2020

COVID-19 - ZUL YAHYA TETAP TABAH UJIAN ALLAH SWT


"Hari ini Allah swt telah pilih kita utk jauh dgn kehidupan dunia, Allah swt nak kita usaha buang kebesaran dunia yg ada dalam hati kita, usaha letakkan kebesaran Allah didalam hati kita... Insya Allah kita usaha keatas iman dan amal.

"Alhamdulillah masih dipilih utk kenal, amalkan agama dan belajar2 dakwah walaupun sy byk main2 tapi Allah swt masih pilih sy utk terus hidup bersama jemaah tabliq ... alhamdulillah.





"Rindu yg teramat sangat dgn suasana bersama jemaah tabliq ... Bertemu dan berpisah kerana Allah swt. Ya Allah ya Rahman ya Rahim ya Karim Engkau pilih la kami lagi dan lagi utk hidup dan mati dijalan dakwah, hidupkan kami dan matikan kami dengan redho Mu ya Allah ... Aamin," demikian kongsi bekas pelakon Zul Yahya.

Ini kerana, rakyat Malaysia yang mula berkurung 18 Mac lalu, adalah bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan demi membendung penyebaran wabak Covid-19.

Namun ianya dilihat daripada perspektif berbeza oleh Zul, yang menyifatkan ujian yang diturunkan kerana Allah mahu hambaNya jauh daripada kehidupan dunia dan membuang kebesaran dunia yang bersarang dalam hati.

Klik untuk gambar besar





Foto : Zul Yahya IG

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: