28 March 2020

AWEERA: "MAKCIK JUAL GORENG PISANG PUN LAGI KAYA DARI SEGELINTIR ARTIS MALAYSIA..."


Sebelum ini berkata tindakan segelintir netizen membandingkan pendapatan artis tempatan dengan selebriti antarabangsa adalah tidak wajar, terkini penyanyi Aweera, 29, memberitahu anak seni di negara ini berdepan dengan pelbagai isu membabitkan industri dan ramai antara mereka yang masih berjuang untuk meneruskan hidup.





"Hello netizen... pertama sekali jangan anggap artis Malaysia semua kaya, yang kaya mungkin dalam beberapa peratus sahaja, lagi banyak survival struggle. Ramai netizen tidak tahu dan tak pernah ambil tahu permasalahan dalam industri, sukar untuk sokong karya tempatan berbanding artis antarabangsa dengan alasan mereka lagi baik.

"Negara dia orang ekonomi cantik, kita hanya jual produk dalam Malaysia jadi... mereka satu dunia jual tak sama artis kita, sebab itu mereka boleh bagi bantuan pada kerajaan, bukan sikit-sikit tapi juta-juta," kata Aweera yang menulis luahan pendapatnya itu menerusi ruangan komen di Instagram mStar Online.

Ia susulan kenyataan penyanyi Black Hanafiah yang mencadangkan supaya kerajaan tidak meminggirkan penggiat seni dengan memberikan bantuan khusus akibat kesan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pandangan Black itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen yang berasakan golongan selebriti sudah cukup kaya dan tidak perlukan bantuan.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Aweera memberitahu anak seni bergantung sumber pendapatan hasil undangan persembahan semata-mata: "Makcik jual goreng pisang pun lagi kaya daripada segelintir artis Malaysia yang kurang bernasib baik sebab kami sebagai artis hanya berpandukan job semata-mata.

"Ada show atau shooting adalah duit... tak ada kena cari! Artis pun perlu membayar cukai, bil dan sebagainya dengan ekonomi negara sekarang naik dan turun, bajet untuk artis kadang-kadang tak masuk akal langsung," ujarnya.

Dalam pada itu, Aweera menyokong kenyataan Black itu dan meminta netizen berfikiran positif serta tidak memanjangkan isu ini: "Isu ini saya rasa tak perlu dipanjangkan selebihnya berserah pada Allah SWT. Pada saya mungkin Black bersuara untuk artis-artis yang kurang bernasib baik... dalam jangka masa PKP ini saja. Fikir positif," katanya.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aweera


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: