28 March 2020
MENANTI 7 TAHUN - SURAYA BORHAN & SUAMI TIMANG BABY GIRL WAKTU PKP
Nampaknya penantian penyampai radio Suria FM, Suraya Borhan dan suaminya, Mohd Johanif Mohamed Nadzirin selama tujuh tahun berakhir apabila anak sulung pasangan ini yang merupakan bayi perempuan itu selamat dilahirkan pada pukul 3.46 petang, Jumaat secara pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Suraya, 37, berkata dia tidak dapat menggambarkan perasaannya dengan kata-kata namun hanya mampu mengalirkan air mata ketika pertama kali mendengar tangisan bayi sulungnya itu: "Alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan, syukur sangat dan ini adalah penantian yang berbaloi. Tak tergambar dengan kata-kata.
"Saya hanya menangis semasa mendengar tangisan pertama bayi saya dilahirkan. Syukur, Alhamdullilah. Ia momen yang tidak dapat dilupakan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Alhamdulillah, saya dan bayi pun dalam keadaan sihat serta baik-baik saja," kata Suraya.
Suraya turut berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya dengan memuatnaik foto pertama bayinya dengan menutup wajah. Ruang komen di foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen dan juga rakan selebriti.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Suraya memberitahu PPUM kini tidak membenarkan sesiapa pun untuk datang melawat sebagai langkah berjaga-jaga akibat penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia. Menurut Suraya, biarpun tiada pelawat namun dia bersyukur suaminya Mohd Johanif dapat melihat bayi perempuan mereka selepas dilahirkan.
"PPUM memang sangat strict sekarang ini sebab ambil langkah berjaga-jaga disebabkan wabak Covid-19. Pelawat memang tidak dibenarkan masuk. Atas nasihat doktor, suami juga tidak dibenarkan menemani saya dan hanya boleh jumpa baby apabila kami berada di rumah sahaja.
"Tapi nasib baik juga, dia dapat jumpa baby selepas dilahirkan dan dia dapat iqamat. Kebetulan baby nak keluar waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan wabak ini sedang melanda," ujarnya yang berkahwin dengan Mohd Johanif pada April 2013.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Suraya Borhan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment