21 March 2020

DEJA MOSS DEDAH NIKAHI DUDA ANAK TIGA AMERIKA-SYRIA JUN TAHUN LALU


"Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini (semalam) saya ingin berkongsi berita gembira buat sahabat-sahabat dan rakan-rakan di IG dan FB serta peminat saya. Saya telah selamat bergelar isteri tahun lalu dengan lelaki pilihan saya, Maher Khani. Terima kasih atas ucapan tahniah dan doa daripada anda semua.





"Mengenai butiran pernikahan kami, biarlah ia menjadi milik saya dan keluarga. Cukuplah saya maklumkan saya sudah selamat menjadi isteri," demikian kata penyanyi Deja Moss yang mendedahkan dia kini sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berketurunan Amerika-Syria iaitu Maher Khani pada tahun lalu, setelah sembilan bulan menyimpan rahsia.

Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 47, tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai perkahwinannya itu. Deja berkongsi berita gembira itu menerusi laman sosialnya pada Jumaat dengan memuatnaik beberapa keping foto perkahwinannya. Sementara itu, Deja menerusi laporan Berita Harian memberitahu majlis pernikahannya berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat pada Jun tahun lalu.

"Kami berkenalan menerusi seorang teman. Sepanjang perkenalan, kami hanya berhubung menerusi panggilan video. Saya menerima dia sebagai suami selepas melihat kesungguhan dia untuk memperisterikan saya. Suami sanggup datang bertemu saya untuk memberi cincin lamaran pada Mac lalu.

Klik untuk gambar besar


"Dia datang dalam masa singkat dan pulang semula ke AS keesokan hari. Saya berkunjung ke Chicago untuk menemuinya, selleras Aidilfitri lalu. Kami saling menyintai dan matang dalam menjalinkan hubungan," ujarnya.

Deja berkata, Maher berusia 52 tahun adalah seorang duda anak tiga. Mengulas mengapa merahsiakan perkahwinan kali keduanya, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Asmara' Ini itu berkata, dia segan untuk menghebahkannya kerana bimbang disalah anggap.

"Tiada niat mahu menyembunyikannya, cuma risau dilemparkan kata-kata yang kurang enak didengar. Namun, jika terus dirahsiakan, saya bimbang orang luar menaruh syak wasangka apabila saya berjalan berdua dengannya.



"Sebelum menimbulkan fitnah, lebih saya mendedahkannya. Perancangan asal saya mahu mengadakan resepsi, bulan depan, tetapi dengan wabak COVID-19, nampaknya terpaksa ditangguhkan," ujar penyanyi berusia 47 tahun ini.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah di ruang komen foto tersebut dan mendoakan agar Deja berbahagia melayari kehidupan berumah tangga. Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Menepis Rawan' ini berharap orang ramai mendoakan perkahwinannya kekal ke akhir hayat: "Doakan pernikahan kami berkekalan hingga ke Jannah, terima kasih semua, salam kasih sayang muchlove. Stay home and be safe!" ujarnya

Memandangkan majlis pernikahannya di luar negara, Deja berkata, soal pendaftaran pernikahan diuruskan peguamnya. Sebelum ini, Deja pernah mendirikan rumah tangga dengan Azfendy Azzuddin, namun bercerai dengan talak satu pada Oktober 2018. Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan tidak dikurniakan anak.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Berita Harian & Instagram Deja Moss


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: