21 March 2020

BERDAMAI DENGAN ALI : "KELIRU SAYANG KITA SEBAB HARTA ATAU IKHLAS" - ALIFF SYUKRI


Akhirnya sengketa antara pelawak Ali Puteh dan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang telah sekian lama berlanjutan itu kini sudah berakhir dalam satu pertemuan yang diadakan semalam. Aliff menerusi perkongsian di laman Instagram juga berhajat untuk bertemu ahli keluarga Ali yang lain serta mahu mengikat tali persahabatan selepas ini.





"Hari ini saya berjumpa dengan Ali Puteh dan Alhamdulillah, kami sudah berdamai. Kami berjumpa buat pertama kali dan saya menjadi sebagai seorang kawan kepada Ali. Saya berharap sangat kami boleh menjadi seorang kawan dan tiada sengketa antara kami. Apapun, jika ada masa, Insya-Allah saya akan ke rumah Ali dan berjumpa dengan keluarganya juga. Saya harapkan yang terbaik untuk mereka,” tulisnya.

Sementara itu, Ali pula mendoakan yang terbaik terhadap silaturahim antara mereka dan berterima kasih kepada Aliff atas usahanya itu: "Terima kasih juga kepada semua yang selalu bagi saya sokongan, terima kasih juga untuk Datuk Aliff Syukri.

"Diharap semua baik-baik saja, semoga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Apa yang buruk kita perbaiki lagi, sesungguhnya yang baik datang dari Allah," ujar Aliff yang baru-baru ini melancarkan single terbarunya berjudul 'Coba Bahagia' itu.

Klik untuk gambar besar


Ali sebelum ini kecewa dengan tindakan Aliff yang menemubual balu abangnya, Allahyarham Abam iaitu Nurhidayah yang didakwa cuba menangguk di air keruh. Menerusi temu bual berkenaan, Nurhidayah memaklumkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapinya selepas kematian Abam membabitkan harta peninggalan termasuk kereta yang didakwa diurus pihak keluarga Abam.

Aliff dalam satu sidang media kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga Ali dan bersedia untuk bertemu dengan pelawak itu serta ibunya.

Sementara itu, sejak beberapa hari lalu, sedang hangat diperkatakan mengenai desas-desus pergolakan rumah tangga Aliff dengan isterinya, Datin Seri Shahida. Malah, kapsyen Aliff yang penuh dengan maksud tersirat mengundang persoalan ramai.



Baru-baru ini, Aliff menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa keliru dengan kasih sayang seseorang adakah ianya tulus ikhlas atau hanya bersandarkan wang ringgit semata-mata: "Kadang-kadang kita keliru orang sayang kita sebab duit atau ikhlas. Bahaya kalau sayang sebab duit dan rapat sebab duit sebab duit akan habis. Siapa setuju?" katanya.

Lebih menjadi tanda-tanya, Aliff juga sudah lama tidak memuatnaik foto bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida. Rata-rata netizen juga bertanya mengapa Aliff tiada pada sambutan hari lahir isterinya baru-baru ini. Ia seakan menguatkan lagi dakwaan bahawa hubungan mereka suami isteri bermasalah dan rumah tangga mereka goyah.

Terdahulu, timbul spekulasi mendakwa Shahida telah memfailkan perceraian di mahkamah. Bagaimanapun, dia dan Aliff memilih untuk berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen mengenai status rumah tangga mereka.










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Beautifulnara, Projek MM, Instagram Aliff Syukri & Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: