05 March 2020

'DISERANG' ISU PUKUL ANAK ANGKAT - ALIFF SYUKRI ADAKAN SIDANG MEDIA PETANG INI


Gara-gara isu didakwa memukul anak angkatnya yang kini sedang hangat diperkatakan, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri telah menerima serangan komen 'tentera bawang' di laman Instagram (IG) miliknya.





Sebelum ini, menerusi sebuah laporan polis yang tular, pembantu rumah itu memberitahu dia disuruh membawa anak angkat tersebut ke dalam bilik kasut sebelum diarahkan memukul kanak-kanak malang terbabit.

Katanya, majikan itu sendiri telah memukul kanak-kanak yang berusia dua tahun menggunakan kasut di bahagian badan dan mencubitnya sehingga meninggalkan kesan, selepas dia enggan bertindak (memukul) seperti yang diarahkan. Suspek dikatakan memukul mangsa yang menangis ketika dia sibuk merakam video untuk kandungan YouTube miliknya.

Klik untuk gambar besar


Kejadian yang berlaku pada 28 Februari itu difahamkan terjadi di kediaman usahawan itu dan sehari kemudian, pembantu rumahnya membuat laporan polis sebagai perlindungan diri. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Netizen mula berspekulasi dan mendakwa Aliff merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia mempunyai seorang anak angkat, Ameena yang tidak mengikuti isterinya, Datin Seri Nur Shahida dan anak-anak lain menunaikan ibadah umrah. Rata-rata netizen menyerang ruangan komen Aliff di posting terakhirnya sambil mempersoalkan punca dia mengambil tindakan sedemikian.

Dek kerana itu, Aliff Syukri akan mengadakan sidang media tergempar di Kota Damansara petang ini bagi penjelasan berhubung laporan polis terhadapnya yang disyaki memukul anak angkatnya. Untuk makluman, Aliff dan Shahida telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawiserta dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat, Ameena.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro, Astro Gempak, Beautifulnara & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: