02 March 2020

FATIN AFEEFA DIDAKWA MASIH LAGI DENGAN SUAMI ORANG?


Nampaknya pelakon Fatin Afeefa sekali lagi didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang yang juga merupakan lelaki sama pernah dikaitkan dengan kontroversi terdahulu. Meskipun dia pernah menafikannya, sekali lagi isteri kepada lelaki tersebut yang menggunakan nama Mag menerusi laman Twitter membuat pendedahan bahawa Fatin tidak pernah berhenti mengganggu suaminya dan mereka masih hangat memadu asmara.





Wanita tersebut meluahkan rasa kecewa dan berang apabila mengetahui mereka masih lagi berhubung secara sulit. Malah menyifatkan Fatin seorang yang kuat “berdrama” sehingga pernah mengugut untuk bunuh diri sekiranya kekasihnya itu tidak menjawab panggilan telefon.

Kami pun tidak tahu bila agaknya episod dakwaan merampas suami orang ini akan berakhir. Apa-apa pun, harapnya Fatin dapat tampil memberikan penjelasan disebalik pendedahan ini dan semoga segala salah faham atau kemelut dapat diselesaikan secara baik.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: