10 March 2020

HUBUNGAN DENGAN ZARA ZYA - AZLEE KHAIRI AKUI ANGGAP MACAM ADIK


"Sejak kami berganding sama semula dalam drama 'Seadanya Aku' dengan melakonkan babak mesra, ramai peminat mahu kami realitinya bercinta. Apatah lagi, ada kalanya saya buat 'pikat line' dengan membalas komen di Instagram Zara, itu pun kebanyakan peminat ingat kami kini bercinta.





"Malah, bila saya beri penjelasan yang kami tidak ada apa-apa hubungan istimewa, mereka komen mendoakan terbaik pula. Soal perasaan, tidak boleh dipaksa. Walaupun nampak hubungan itu rapat, tidak semestinya kami memang bercinta. Hubungan saya dengan Zara, macam adik dan kakak.

"Sama juga dengan pelakon lain seperti Datin Elvina Mohamad dan Azar yang pernah bekerjasama dengan saya," demikian ujar pelakon Azlee Khairi, 30, yang berharap peminat tidak menyalah tafsir hubungan rapatnya dengan pelakon Zara Zya, 35, sebagai pasangan bercinta.

Azlee atau nama penuhnya Azlee Khairi Zulah Hainee berkata, hubungan antara dia dan Zara dilihat agak rapat kerana sudah kenal lama. Azlee yang kini melonjak dengan drama 'Maaf Tak Indah' bersama Azar Azmi berkata, dia sebenarnya cuba memahami dan berusaha gembirakan peminat.

Klik untuk gambar besar


Menurut Azlee, kelab peminatnya juga tahu situasi sebenar. Ujarnya, dia kini mahu fokus memantapkan semula kerjaya lakonan yang pernah ditinggalkan sebelum ini. Mengulas statusnya sebagai 'suami orang' yang dipersoalkan, Azlee berkata dia selesa jika urusan kerjaya seninya lebih mendapat perhatian berbanding peribadi.

Ditanya juga penerimaannya terhadap gosip, Azlee memberitahu jika 10 tahun lalu, dia mungkin tidak boleh menerima cerita berbaur kisah cinta yang terpalit padanya: "Sekarang, untuk penjenamaan semula saya dalam industri dan kerjaya seni, Alhamdulillah sikit-sikit berkaitan gosip, ia diterima secara positif.

"Keluarga pun sokong pembabitan semula saya sebagai pelakon, dan untuk itu saya cuba melakukan sebaik mungkin kerana tuntutan kerja," kata Azlee pernah berada di puncak popular ketika berlakon drama 'Love You Mr Arrogant' bersama Zara pada 2013 lalu dan kini sibuk dengan penggambaran drama 'Derhaka Cinta Jebat' untuk RTM.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Azlee Khairi & Zara Zya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: