10 March 2020

NABIL MUATNAIK FOTO SUAP PISANG DEKAT AYDA JEBAT - INI RESPON NETIZEN


Semua mengetahui mengenai hubungan cinta antara Nabil Mahir dan penyanyi Ayda Jebat selepas mereka mengakui sedang menjalin hubungan istimewa pada November tahun lalu. Nabil yang merupakan pelakon dan pengacara itu memuatnaik sekeping foto di laman Instagram yang memaparkan dirinya sedang menyuap buah pisang kepada kekasih hatinya.





Di ruangan kapsyen, Nabil memberitahu, dia bertindak demikian kerana Ayda seorang yang susah untuk makan buah-buahan: "Sumbat je sebab susah sangat nak makan buah. Sapa tak suka makan buah gak?," tulisnya di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, perkongsian foto itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen yang menyifatkan tindakan Nabil itu seolah-olah cuba menarik perhatian ramai. Ini kerana, 'pisang' mempunyai maksud tersirat yang sering dikaitkan sebagai simbol organ seksual dalam kalangan masyarakat kita.

Klik untuk gambar besar


"Kenapa aku tiba-tiba terfikir benda yang pelik sekarang. - "I hate my mind! - "Ibarat dia hisap sesuatu. - "Lain macam kuning eh! - "Tak ada buah lain ke kau nak sumbat, cuba buah tembikai ke. - "Apakah maksudnya ni main sumbat pisang tak elok nanti ada otak lain fikir yang bukan-bukan bila tengok gambar ni," tulis sebahagian netizen.

Bagaimanapun, pada masa sama, ada juga yang memuji tindakan Nabil yang disifatkan romantik dan manja: "Semoga Ayda dan Nabil disatukan. Insya-Allah sweetnya awak berdua Nabil untung tau dapat Ayda orangnya cantik. Nabil jangan lama-laman, nanti dia diambil orang," komen salah seorang pengikutnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Nabil Mahir & Ayda Jebat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: