11 March 2020

ICSYVMY 3: "ISMAIL TAK BERSALAH... EVA MUNCUL SEBELUM MEREKA LAHIR" - LINDA


"Janganlah kecam... Ismail tak bersalah, saya pun tak terasa hati sebabnya kumpulan Eva muncul sebelum mereka lahir, jadi tak salah pun kalau artis muda tak kenal. Ismail dengan anak saya Haziq bekas vokalis Putera Band berkawan tapi mungkin dia tak kenal saya sebab kita tak pernah jumpa depan-depan.





"Lagi tambah mengelirukan, semasa rakaman program itu saya memakai pakaian macam cikgu sampaikan panel penyiasat iaitu Jihan Muse, Yusry dan Michael Ang pun tak perasan. Itu tandanya saya berjaya bawa watak dengan baik," demikianlah kata ahli kumpulan Eva, Linda.

Linda berkata dia tidak berkecil hati apabila penyanyi remaja, Ismail Izzani yang tidak mengenalinya dalam program 'I Can See Your Voice Malaysia' (ICSYVMY) yang bersiaran pada awal bulan lalu. Menurut Linda, Ismail merupakan seorang bintang baharu dan tidak hairan jika penyanyi itu tidak mengetahui mengenai ahli kumpulan Eva.

Klik untuk gambar besar


Pada 1 Mac lalu, Linda dan Izzu dari kumpulan Eva diundang menjadi salah seorang peserta dalam program ICSYVMY bersiaran di TV3. Bagaimanapun, pada pusingan ketiga penyanyi lagu Bidadari itu menyingkirkan penyanyi berkenaan kerana disangka penyamar bersuara sumbang. Sementara itu, Linda berkata kewujudannya dalam program itu hanyalah sebahagian gimik untuk episod tersebut.

"Bagi saya Ismail tak salah singkirkan saya sebab ini semua hanya strategi program untuk beri sedikit elemen gimik dan ini merupakan peluang artis lama muncul semula. Bukan dia sengaja singkirkan saya, ini semua pilihan juri... lagipun saya tak boleh bertanding dalam episod ini kerana saya dijemput oleh produksi," ujarnya.



Kemunculannya dalam program tersebut sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan peminat terhadap kumpulan dangdut ini. Malah, ada yang mencadangkan agar Linda menyertai Gegar Vaganza (GV) sebagai peluang untuk mengembangkan semula popularitinya sebagai penyanyi.

"Ada penonton yang komen memberikan cadangan agar saya sertai GV... sejujurnya, kalau dapat tawaran itu saya tidak menolak dan bersedia bersaing, tetapi mungkin saya bergerak secara solo sebab ahli yang lain ada komitmen masing-masing.

"Walaupun agak susah nak kumpul bersama namun demi peminat saya buat juga persembahan sebab tak mahu hampakan mereka. Sudah 10 tahun saya bergerak sendiri, nama Eva tetap dibawa kerana kita menghormati kumpulan ini yang pernah menjadi sejarah dalam industri hiburan negara," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: