31 March 2020

ISU ARTIS PERLU BANTUAN KERAJAAN - SHUIB, TOMOK TAMPIL MOHON MAAF


Menerusi satu muatnaik di laman Instagram, pelawak dan penyampai radio, Shuib telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan pendapat yang diutarakan sebelum ini berkaitan bantuan khusus buat penggiat seni berikutan penularan COVID-19.





Meski pada awalnya ia bertujuan bagi menjelaskan situasi, perkara tersebut bagaimanapun hangat dibahaskan peminat dan rakan selebriti lainnya hingga menimbulkan reaksi bercampur-campur. Suami kepada penyanyi, Siti Sarah itu pada masa sama turut meminta semua agar berdoa negara ini segera bebas dari penularan wabak.

"Assalammualaikum semua... Saya mengambil apa yang berlaku berhubung kenyataan saya tempoh hari sebagai kesilapan sendiri. Saya MOHON AMPUN DAN MAAF dan saya harap isu ini selesai.... Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya.

Klik untuk gambar besar


"Sama-sama kita berdoa agar negara kita lekas bebas dari covid19 dan semoga kita sentiasa dilindungi,diberkati dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Sama sama kita bantu mana yg memerlukan dan semoga kita terus tabah dlm ujian ini... Mohon maaf skali lagi #pershuibofhappyness," kata Shuib pada entri Instagram yang turut dilampirkan foto awalnya terlibat dalam seni.

Terdahulu, bintang itu menerusi satu rakaman video dimuatnaik di platform sama antara lain berkata, dia terpanggil membuat rakaman bagi membela nasib rakannya yang dikritik selepas menyuarakan pandangan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kepada penggiat seni.



Tambahnya, rakan-rakannya hanya menyuarakan pendapat, bukan demi kepentingan diri. Sebaliknya, memperjuangkan hak penggiat seni, seperti artis veteran serta kru produksi balik tabir yang dihimpit kesulitan hidup selepas penguatkuasaab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Serentak dengan itu, para peminat dan netizen termasuk selebriti ada meninggalkan komen positif buatnya.

Sementara itu, penyanyi Tomok turut memohon maaf berhubung isu yang sama menerusi Instagramnya: "Assalamualaikum semua.. untuk tidak menjadikan keadaan semakin buruk saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat malaysia.

"Maaf sekiranya statement saya di instagram tempoh hari ada menyakiti hati kalian.. saya juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.. maafkan saya semua. Marilah kita sama-sama doakan semoga negara kita dan dunia bebas daripada Covid-19. Tomok," tulisnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Shuib Sepahtu & Tomok


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: