16 March 2020

KESIHATAN ZULKIFLI ZAIN TIDAK STABIL - NORZIZI MOHON SEMUA DOAKAN PAPANYA


Selepas lapan hari dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang, situasi kesihatan terkini pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 74, semakin merosot. Anaknya sulungnya, pelakon dan pengarah, Dr Norzizi Zulkifli menerusi satu kiriman WhatsApp, meminta supaya semua pihak mendoakan yang terbaik buat bapanya.





"Saya memohon semua untuk sama-sama mendoakan kesembuhan dan dipermudahkan urusan buat papa saya, Datuk Zulkifli Zain. Kesihatannya sejak tiga hari ini agak tidak stabil dan tindak balasnya agak kurang. Sekiranya, ada yang hendak melawat, dialu-dialukan dan amat dihargai," tulisnya.

Bagaimanapun Norzizi dan keluarganya memahami realiti kebimbangan masyarakat terhadap penularan wabak Covid-19 dan tidak berharap ramai pihak datang menziarah bapanya di hospital.

Klik untuk gambar besar


"Kami juga faham situasi Covid-19 sekarang ini, jadi kami tidak mengharapkan apa-apa. Cuma, kami hanya ingin memaklumkan kondisi terkini papa, semoga dengan doa dari semua dapat memberi kesembuhan buat papa. InshaaAllah. Amin Ya Rabbal Alamin," katanya.

Terdahulu pelakon yang popular dengan watak Bentayan menerusi drama 'Tragedi Sri Mersing' ini dimasukkan ke hospital UiTM pada 6 Mac lalu kerana sukar membuang air besar. Pemeriksaan doktor kemudian mendapati ada jangkitan kuman dalam darah dan asid tinggi, manakala buah pinggangnya pula agak kering dan bermasalah.

Bagaimanapun doktor memaklumkan kesihatan Zulkifli dalam keadaan stabil. Mereka juga perlu memantau keadaan kuman dalam darah Zulkifli. Pelakon filem 'Permintaan Terakhir' dan 'Tiada Esok Bagimu' itu kini berkerusi roda kerana menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan paru-paru berair. Beliau juga lumpuh tangan dan kaki kiri, berdepan masalah jantung lemah serta buah pinggang.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: