21 March 2020

PENYANYI TEGAR KAHWIN USIA 19 TAHUN


"Aku yang dulu bukanlah yang sekarang", akhirnya menjadi kenyataan buat penyanyi yang dulunya cilik, meminta sedekah di tepi jalan dalam usia 11 tahun dan kemudian popular dengan hanya bermodalkan gitar kecil.





Siapa lagi kalau bukan Penyanyi Indonesia, Tegar Septian yang kini selamat berkahwin diusia 19 tahun.

Dia menikahi pasangannya iaitu seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Sheilka. Majlis perkahwinan tersebut berlangsung kira-kira jam 3.30 petang kelmarin di Jakarta, Indonesia.

"Minta doanya buat semua semoga Tegar menjadi keluarga yang Samawa aminn," kongsinya menerusi Instagram.

Bagaimanapun, Tegar ketika dihubungi media menerusi WhatsApp berkata, dia belum bersedia untuk memberi kenyataan kerana masih sibuk.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: