06 March 2020

SEKALI LAFAZ - QODY MENTOR KINI BERGELAR SUAMI NURUL ATIQAH


Tahniah kami ucapkan kepada naib juara program realiti Mentor Milenia 2016, Qody yang telah selamat bergelar suami wanita pilihannya, Nurul Atiqah Mohd Fuad, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.30 malam Khamis. Majlis berlangsung secara sederhana di kediaman pengantin perempuan di Masjid Kampung Kumpulan, Langkawi, Kedah.





Majlis pernikahan pasangan ini yang berlangsung di Masjid Kampung Kumpulan, Langkawi,Kedah itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohd Fuad Abdullah disaksikan imam masjid kampung itu, Asri Mat.

Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani menyerahkan mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran RM9,000 selain tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pengantin perempuan. Sementara itu, Qody berkata, dia memilih wanita yang berkerja sebagai penjawat awam itu selepas berkawan rapat sejak dua tahun lalu.

"Hasrat ini sudah lama saya simpan dan perkahwinan yang dibina ini bagi mencari lebih keberkatan dari Allah. Selain itu juga adalah bagi mengelakkan daripada melakukan perkara yang menjurus kepada maksiat," katanya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, menceritakan detik perkenalan mereka, Qody berkata, Nurul Atiqah merupakan anak kepada jurulatih ketika dia aktif bermain bola sepak untuk Belia Kedah bawah 19 tahun: "Sebenarnya saya kenal dia dulu lagi sebelum saya jadi penyanyi, zaman saya aktif sebagai pemain bola sepak Belia Kedah U19.

"Ayah dia dulu salah seorang jurulatih bola yang mencari pemain bakat-bakat muda dari Langkawi dan dalam masa yang sama kenal-kenal bertegur macam itu saja. Perkenalan yang betul-betul rapat lebih kurang dua tahun. Dia seorang yang memahami kerjaya saya sebagai penyanyi," katanya lagi yang memberitahu buat masa ini dia dan isterinya akan menetap di Kedah berikutan komitmen kerja.

Antara rakan artis yang turut hadir menyaksikan pernikahan itu ialah penyanyi Black Hanifah. Sementara itu, gambar majlis pernikahan pasangan itu yang mengenakan pakaian sedondon merah jambu tular di Facebook sejak awal pagi ini










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: