20 April 2020

AL-FATIHAH - PEMBACA BERITA RTM, FARIT ISMETH EMIR DIJEMPUT ILAHI


Takziah kami ucapkan kepada keluarga pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Farit Ismeth Emir atas pemergiannya yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.





Pengurus kepada DJ Fuzz iaitu Mia ketika dihubungi turut mengesahkan bapa penyanyi rap itu mengembuskan nafas terakhir sekitar pukul 11 pagi Isnin. Menerusi laman Facebook pembaca berita RTM, Rozimah Mahyiddin juga berkongsi berita sedih itu dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Saya baru terima sedih ini dari keluarga arwah. Dengan dukacitanya, saya ingin memaklumkan bahawa rakan seperjuangan kita @ icon RTM, Pak Ngah atau Farit Ismeth Emir, 66, telah menghembuskan nafas terakhirnya baru sebentar tadi di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. Al- Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan orang yang beriman. Aamiin," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Berita sedih ini turut dimaklumkan oleh anaknya, DJ Fuzz atau nama sebenarnya Farzwa De-Attaher Emir: "Farit Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Shah Alam. Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah beliau tentu akan dirindui," katanya.

Personaliti televisyen, Iesya Toh menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi berita pemergian Farit Ismeth Emir: "Dukacita dimaklumkan ikon Penyampai Berita @rtm_malaysia Farit Esmith Emir meninggal dunia pagi ini. Al fatihah," tulisnya ringkas.

Jenazah Allahyarham kini berada di Masjid Kg Melayu Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ismal Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya. Farid Ismeth Emir, 66, merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu memiliki tujuh orang cahaya mata.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak, Media Hiburan & Instagram Iesya Toh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: