Pelakon Aqasha menerusi sebuah entri di laman Instagram (IG) milknya telah memaklumkan berita sedih dimana pengarah fotografi, Mohd Filus Ghazali telah disahkan meninggal dunia hari ini.

"Innalillahi wa innailaihi rojiun.. Telah kembali seorang lagi anak seni ke pangkuan Illahi. Mohd Filus Ghazali atau dikenali dengan Pak Filus, seorang sinematografi yang disegani dan telah menempah nama di tanah seberang. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," tulisnya.
Antara karya yang dihasilkan sepanjang hayat Allahyarham Pak Filus adalah Cicakman 2- Planet Hitam, Pontianak Harum Sundal Malam II, Waris Jari Hantu dan banyak lagi. Takziah kami ucapkan buat seluruh ahli keluarga.
Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aqasha
________________________

No comments:
Post a Comment