06 April 2020
ALI DIKECAM KATA BUAT AMAL DIAM-DIAM : "BUKAN NIAT SAYA JATUHKAN MEREKA..." - MAN
Pelawak Ali Puteh baru-baru ini telah menerima kecaman hebat netizen gara-gara menegur tindakan Man Raja Lawak menghebahkan projek bantuan yang dilakukan di media sosial. Enggan membiarkan orang ramai terus membuat pelbagai andaian buruk terhadap sahabatnya itu, Man menjelaskan dana bantuan tersebut adalah atas inisiatif sendiri tanpa membabitkan ahli kumpulan Puteh yang lain.
Justeru itu, dia meminta netizen tidak membabitkan sahabatnya iaitu Ali dan Mamak dalam isu berkenaan: "Inisiatif ini adalah idea saya sendiri, saya tidak berbincang dengan ahli kumpulan Puteh yang lain. Saya faham keputusan saya ini sedikit sebanyak memberi kesan dan menimbulkan isu serta pandangan masyarakat tentang ahli Kumpulan Puteh.
"Ini adalah keputusan peribadi yang saya ambil untuk menyalurkan sedikit bantuan dari simpanan yang saya ada tanpa sebarang niat lain dan diharapkan peminat Puteh tidak membabitkan mereka dalam inisiatif ini," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Sebelum itu, Ali meminta Man merahsiakan amalan kerana Allah lebih mengetahui niat baik yang dilakukan: "Kalau kita nak buat baik, tak nak ada sangkal dari orang lain buat kerja dalam diam... jangan dihebah-hebahkan takut nanti jadi bualan orang.
"Biar kita buat diam-diam hanya Allah yang tahu apa kita buat, jangan diminta pujian menggunung... biar kita buat dapat keredaan Allah, semoga dipermudahkan!," komen Ali yang menulis tegurannya itu pada salah satu status yang dimuat naik oleh Man di Facebook.
Dalam status itu Man meminta orang ramai tidak memuji niatnya menghulurkan bantuan sumbangan sebanyak RM50,000 dan menjual kereta serta motosikal miliknya untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Bagaimanapun, hasil carian mendapati komen asal yang ditulis Ali itu telah dipadam dan ruangan itu hanya dipenuhi dengan kritikan daripada netizen.
Dalam pada itu, Man turut memohon maaf sekiranya tindakan itu menyinggung hati mana-mana pihak: "Sekiranya ada sebarang salah faham, saya merendah diri ingin memohon berjuta kemaafan dari ahli kumpulan Puteh dan masyarakat artis di luar sana.
"Bukan niat saya untuk menjatuhkan mereka atau ada agenda yang lain tetapi ini atas dasar keprihatinan saya pada waktu yang mencabar ini. Diharapkan kemelut ini selesai dengan baik dan kita boleh terus move on," katanya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Beautifulnara & Rotikaya
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment