20 April 2020

BELI BANTAL MATERNITY ONLINE, FASHA LUAH GERAM: "KEPAM... TERUK, BAD QUALITY"


Menerusi satu muatnaik di laman Instagram, pelakon Fasha Sandha telah meluahkan rasa geram terhadap penjual dalam talian yang menghantar produk iaitu bantal matertiny yang tidak berkualiti kepadanya. Jelas Fasha, dia membeli bantal tersebut demi kegunaan dan memenuhi keselesaannya ketika hamil.





"Reality VS Expectation. Memandang kan dah masuk third trimester, badan mula lenguh dan perlukan bantai ni... Hari ni baru terima maternity pillow yang dibeli mahai sungguh dari Ann Store >Lazada. Sungguh la kepam... teruk. Bad quality. Aduiiii. tak baik tau aniayai orang kan....," kata Fasha.

Namun, dia enggan memanjangkan hal itu dan memaafkan pihak terbabit. Dalam masa sama, Fasha merayu bantuan orang ramai untuk mendapatkan bantal terbabit: Takpalah,... kita maafkan. Walaupun kita baru lepas nangis kesedihan. Dah la menunggu 3 minggu baru sampai.

Klik untuk gambar besar


"Sapa yang juai maternity pillow, atau ada idea untuk beli dari mana, pls DM me.. thank you," rayu Fasha kini sedang hamil enam bulan hasil perkahwinannya dengan pelakon Aidil Aziz pada Mac tahun lalu.

Fasha sebelum ini pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah enam minggu. Untuk rekod, Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, pada 2012 namun bercerai pada 2016 dan dikurniakan dua sepasang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: