16 April 2020

BILA RISTEENA RINDU SUAPAN ISA: "KALAU KENA SUAP LAGILAH TAMBAH SELERA MAKAN"


Pelakon Risteena Munim menerusi satu muatnaik di laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa kerinduan terhadap tunangannya, pelakon Isa Khan untuk makan bersama. Lebih romantis dan membuka selera pelakon filem 'Blok 404' itu seandainya ada yang sudi menyuapnya makan.





"Haih! Rindu nak makan-makan lagi. Kalau kena suap lagilah tambah selera makan. Memang tak risau langsung berat badan naik sebab minum Lovit boleh buat berat badan cepat turun," tulis Risteena yang turut memuatnaik foto mesranya disuap Isa ketika menjamu selera bersama-sama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pasangan itu sering menjadi tumpuan ramai menerusi pelbagai aksi romantis antaranya memotong kuku dan dicucikan kaki. Malah, baru-baru ini Risteena turut mengirimkan Isa makanan menggunakan perkhidmatan Grab bagi melepas rindu. Risteena, 30, dan Isa, 26, telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Terdahulu, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan mereka menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu. Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin, 29, pada 19 Oktober lalu, namun hubungan mereka putus di tengah jalan.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Risteena Munim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: