05 April 2020

DALGONA COFFEE - INI PENGALAMAN & PESANAN BETTY RAHMAD & AIN EDRUCE


Semua pasti mengetahui mengenai 'Dalgona Coffee' yang sedang tular di media sosial dan ramai yang telah mencubanya. Turut tidak ketinggalan Betty Rahmad dan Ain Edruce yang baru saja mencuba minuman tersebut dan menceritakan pengalaman mereka.





Menurut Betty, kerana terjebak dengan minuman viral itu beliau berasa hyper sehingga jantung berdenyut laju. Kemudian beliau mula diserang anxiety sehingga banyak berfikir perkara yang bukan-bukan: "Terpengaruh dengan social media punya pasal haritu terjebak dengan Dalgona coffee.

Siapa yang belum try dan tak biasa dengan coffee please read this. Nak share experience saya haritu lepas minum air viral ni. Mula-mula hyper lepas tu jantung laju. Bila jantung dah laju macam-macam benda negative dalam kepala dengan situation dunia sekarang. Pastu malam susah nak tidur, paranoid sampai rasa ada anxiety," katanya di laman Instagram miliknya.

Jelas Betty lagi, beliau pada awalnya menyangka terlalu banyak berfikir mula sedar minuman viral itu punya kesan sampingan apabila membaca keratan artikel mengenai individu yang mengalami keadaan yang hampir sama dengannya.

Klik untuk gambar besar


Manakala Ain pula menerusi Instagram telah memberi pesan kepada peminat yang merancang untuk mencuba minuman viral yang dikenali sebagai 'Dalgona Coffee' yang kini menjadi sensasi di dunia maya. Jelasnya juga, suaminya, Amirul Hafizz turut mencuba hidangan sama meski dia tidak pernah minum coffee sebelum ini.

"KHAS UNTUK SIAPA YANG NAK CUBA #DALGONACOFFEE. So, kiteorg ade cuba jugak ok. Jadi @amirul_hafizz die x pnh minum coffee, die pun try dalgona, ape yang jadi kat mirul lebih kurang sama dengan ape korang baca kat atas sebab die x penah minum coffee.

"Aku and @edila_edruce jadi mcm ape korang tgk tu. HYPER TEROK. So careful untuk sesiapa yg nak cuba 1st time okay," jelas pengacara 'Hero Remaja 2020' itu sambil berkongsi video serta lampiran terkait.

Lalu menerusi ruangan komen, para peminat turut berkongsi pengalaman masing-masing dan rakan selebriti turut memberikan reaksi. Apapun yang dicuba tidak kiralah minuman atau makanan haruslah diambil secara sederhana. Tidak dinafikan minuman ini mempunyai kandungan kafein dan gula yang tinggi jadi haruslah berhati-hati.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Media Hiburan, Instagram Betty Rahmad & Ain Edruce


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: