28 April 2020

DIDUGA - ISTERI LUMPUH SEPARUH, RAHMAT RABBANI TIADA PUNCA PENDAPATAN


"Doktor mengesahkan isteri mengalami lumpuh separuh badan selepas terjatuh dalam bilik air pada Mac lalu. Ketika jatuh, isteri berdepan pendarahan kepala dan kerap berulang-alik ke hospital. Saya reda, ini ujian saya dan keluarga. Buat masa ini, saya sukar mahu bergerak kerana menjaga isteri.





"Ini dugaan buat kami sekeluarga apabila saya juga semakin susah untuk bergerak kerana perlu menjaga isteri di rumah. Saya sendiri sudah tidak ada punca pendapatan apabila Rabbani tidak lagi dipanggil untuk membuat persembahan pentas semenjak awal tahun lalu.

"Sepanjang 2019 juga, persembahan sangat terhad dan lebih kepada persembahan berbentuk amal sahaja. Dalam keadaan tidak ada pekerjaan dan kini isteri pula sakit, memang dugaan ini agak berat untuk kami sekeluarga," tutur anggota kumpulan nasyid Rabbani, Ahmad Shafie atau lebih dikenali sebagai Rahmat Rabbani.

Rahmat mengakui kehidupannya kini sukar, tambahan lagi selepas isteri tercinta, Norazlina A. Rahman, 48, mengalami masalah strok. Tidak mahu berkongsi cerita pada awalnya kerana bimbang dituduh meminta-minta, namun selepas dipujuk Rahmat akhirnya sudi berkongsi masalah hidupnya.

Klik untuk gambar besar



Rahmat berkata isterinya tidak lagi mampu menjalani kehidupan dengan sempurna sejak awal Mac lalu selepas doktor mengesahkan Norazlina mengalami kelumpuhan separuh anggota badan. Kehidupan keluarga Rahmat sebelum ini banyak bergantung kepada tawaran persembahan pentas bersama Rabbani semenjak lebih 20 tahun lalu.

Tambah Rahmat, keadaan semakin parah apabila tragedi pandemik COVID-19 melanda negara dan semua orang perlu duduk di rumah mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pertengahan Mac lalu: "Sebelum ini kalau tak ada tawaran persembahan pun isteri turut membantu ekonomi keluarga dengan berjualan masakan tradisi Terengganu, seperti nasi dagang dan laksam.

"Tapi sekarang keadaan berubah 100 peratus apabila dia sendiri sudah tidak berupaya dan saya pula tidak boleh ke mana-mana untuk mencari rezeki buat menampung belanja keluarga," ujarnya yang turut berkata yang isteri memerlukan kos sebanyak RM1,500 sebulan bagi keperluan ubat-ubatan, pampers dan keperluan lain.


www.myartis.com / Sumber & foto: Sumber: Astro Gempak & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: