16 April 2020

GENAP 7 HARI - ABBY DEDAH NAMA BABY LOCKDOWN, 'MAIRA DARDA FARISA'


Hari ini menerusi laman Instagram, penyanyi dan pelakon Abby Abadi akhirnya telah berkongsi nama bayi yang dijaganya buat sementara waktu sementara menantikan ada pihak yang sudi mengambilnya sebagai permata hati. Kongsi bintang Gerak Khas itu, nama yang diberikan 'Maira Darda Farisa' mempunyai elemen kelembutan biar ia terus dibawanya hingga besar nanti.





Pada masa sama, bintang ini turut berkongsi keadaan bayinya kini berada dalam keadaan baik-baik sahaja: "Assalamualaikum... Haii Semua Uncles Auntys. Hari ke 4 Mama berpantang sangat. Dan Hari ke 7 utk Saya yey! Dah ada nama. MAIRA DARDA FARISA. Maira-Bulan, Darda-Mutiara Kebijaksanaan, Farisa-Pengemudi Mahir

"Mama Abah @jaiezzany bagi nama lembut2 je kat Darda.. biar segala sifatnya penuh kelembutan seindah namanya bila besar nanti . Abang2 Kakak2 setuju je k. Ikut Mama hee. Dah tercabut tali pusatnya malam hari ke5. Dan setakat harini Alhamdullillah, baby Darda tak kena kuningpun.. Sihat2 sahaja. Sekian laporan dari Mamanya. Sambung nanti," tulis Abby.

Serentak dengan perkongsian itu, para peminat turut memberikan reaksi terhadap nama indah yang diberikan buat bayi perempuan comel berkenaan. Terdahulu, Abby buat masa memaklumkan dia akan menjadi penjaga Darda sementara waktu dan hanya akan membuat keputusan menyerahkan bayi comel itu selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Abby Abadi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: